Ini pengalaman baharu pembelajaran menerusi VR daripada Google

Kini anda dan pelajar anda dapat mencipta pengalaman realiti maya (virtual reality) sendiri tanpa memerlukan kemahiran yang tinggi.

Tour Creator, alat VR terbaru ini membolehkan sesiapa sahaja membuat penciptaan realiti maya menggunakan rakaman dari kamera 360° atau kandungan sedia ada di perpustakaan Street View.

Anda boleh membuat kostumasi lawatan anda menggunakan templat, audio persekitaran (ambien) dan sokongan naratif untuk membantu anda dan pelajar membuat lawatan yang menakjubkan.

Tour Creator adalah sebuah aplikasi web dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja menerusi pelayar web. Untuk menerokai kandungan yang dihasilkan, anda hendaklah menggunakan aplikasi Poly daripada Google.

Saya diperkenalkan dengan pelbagai aplikasi pemetaan semasa di Google Earth: Educator Lesson Plan Jam di Google Malaysia pada Ogos 2017.

Google mempunyai visi yang jelas untuk membawa pendidikan menerusi menerapan ‘Geospatial thinking‘ dalam pendidikan menerusi teknologi yang mereka miliki.

Jadi, sebagai pendidik abad ke-21 yang #sentiasainginberubah, mari jadikan pembelajaran di kelas lebih menarik dengan aktiviti yang bermakna dengan Tour Creator

Terokai Tour Creator

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.