Pemenang Breakthrough Junior Challenge diumumkan – Ryan Chester dari USA

Kami pernah menyiarkan tawaran dari Breakthrough Prize dengan hadiah tajaan biasiswa sebanyak USD250,000 iaitu lebih RM1 juta (dalam kadar tukaran semasa) dalam cabaran yang diberi nama Breakthrough Junior Challenge.

Pada 8 November lalu, mereka mengumumkan pemenangnya iaitu Ryan Chester dari USA yang berusia 18 tahun. Beliau terpilih dari 15 finalist yang disenarai pendek dari 2000 penyertaan dari seluruh dunia.

Dalam cabaran ini pelajar hanya perlu menghasilkan satu video menarik yang menerangkan sesuatu konsep mencabar atau teori dalam Matematik, Sains Hayat ataupun Fizik. Ia haruslah dipersembahkan dalam bentuk yang menarik minat ramai, memberi gambaran tepat serta cara yang kreatif.

Ryan mempersembahkan video 7 minit mempersembahkan satu perbincangan mengenai teori relatif masa dalam ilmu Fizik. Beliau mempersembahan secara kreatif, bersahaja dan mengemukakan beberapa persoalan yang mencabar..

Tahniah diucapkan kepada si Ryan, diharap pada masa hadapan ada peserta dari Malaysia yang menyahut cabaran ini untuk menyertai kumpulan 15 finalist terpilih.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.