Pendaftaran Beaver Computational Thinking Competition dibuka sekarang!

Pemikiran Komputational (Computational Thinking) telah diperkenalkan secara rentas kokurikulum di sekolah rendah menerusi KSSR. Untuk KSSM yang bermula tahun ini, mata pelajaran Asas Sains Komputer Tingkatan 1 dan Sains Komputer Tingkatan 4 ditawarkan yang sudah pastinya Pemikiran Komputational  menjadi elemen utama.

Kepada pelajar yang mahu menguji tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam elemen ini, Beaver Computational Thinking Competition (BCTC) merupakan satu pertandingan yang amat sesuai.  BCTC merupakan satu pertandingan yang dianjurkan secara global yang bakal menguji kemahiran anda menyelesaikan tugasan penyelesaian masalah.

Pendaftaran pertandingan dibuka sekarang sehingga 1 April 2017 dengan yuran penyertaan sebanyak RM31.80. Pertandingan akan diadakan secara dalam talian dari 18-20 April 2016.

Kemaskini: Pendaftaran pertandingan dilanjutkan sehingga 9 April 2017

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.