Pendaftaran My eduBlog Meetup #1 2018 dilanjutkan sehingga 17 Mac 2018

Dijemput para blogger pendidikan untuk menyertai perhimpunan blogger pendidikan Malaysia yang julung kali dianjurkan di Cyberjaya pada 19-20 Mac 2018 (Isnin & Selasa) iaitu pada cuti persekolahan ini.

Juga kepada semua guru, guru cemerlang, pensyarah, instruktor, motivator, jurulatih SICS+, pentadbir pendidikan, guru pelatih dan pelajar-pelajar IPT bakal guru yang berminat untuk membina blog sendiri kami sediakan sokongan sepanjang program 2 hari tersebut.

Program ini akan membawakan perkongsian ramai pakar dalam bidang web dan juga pemasaran digital. Antara tajuk yang bakal diberikan:

  • User Interface & User Experience
  • Google Marketing Channel
  • Mobile Blogging
  • Blog jana pendapatan
  • Migrasi platform dan domain namaanda.com sendiri
  • Forum Hakcipta
  • Blog Jam (bimbingan)
  • Motivasi ‘Guru sibuk menulis – Zamri Muhammad’
  • Pelancaran komuniti blogger Malaysia ‘My Edublog’

Selain itu, para blogger juga boleh membuat jaringan dan jalinan antara satu sama lain. Maklumat lanjut di https://goo.gl/NW9fCw

Untuk menampung kos penganjuran (makan, tempat bengkel 2 hari, t-shirt, bayaran saguhati penceramah, elaun fasilitator, hosting dan lain-lain lagi), kami mengenakan yuran yang agak munasabah dengan kualiti program yang dirancang.

Inshaallah ‘meetup’ akan datang kita akan mencari beberapa penaja untuk mengurangkan kos setelah program ini terbukti memberi impak kepada dunia pendidikan.

Pendaftaran boleh dilakukan di http://myedublog.info. Guna kod EDU152 pada borang pendaftaran untuk yuran RM152 sehingga 17 Mac 2018. Kemaskini: Dibuka sehingga waktu pendaftaran 9 pagi. Boleh terus walk-in. 

Hubungi 013-4863010 (Cikgu Razif) untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

-Sekretariat Penganjuran My edublog Meetup

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.