Mengenai Leaps of Knowledge atau disebut sahaja ‘Leaps’ oleh komuniti pendidik merupakan satu program yang saya sertai tanpa sengaja pada tahun lepas apabila terpilih untuk menerima salah satu kategori anugerah yang dipertandingkan. Lebih manis apabila anugerah tersebut disampaikan oleh puan Cathy Davidson, seorang tokoh yang terkenal dalam dunia e-learning dari US.
Masih teringat lagi layanan istimewa yang diberikan apabila diberi peluang merasai kemewahan bermalam di JW Marriot Hotel, Kuala Lumpur. Saya berpeluang menyertai semua aktiviti serta ditempatkan bersama pasukan “Ask the Expert” untuk berkongsi sedikit ilmu kepada peserta yang hadir.
Saya melihat program ini merupakan satu pendedahan yang baik kepada para pendidik untuk memberi mereka kemahiran terkini teknologi pengajaran serta sumber inspirasi untuk lebih maju dengan menampilkan beberapa tokoh pilihan.
Comments have been closed/disabled for this content.