Saya menyertai Twitter pada 2008 sewaktu menuntut di USM. Sejak itu saya tidak lagi aktif. Hanya ada 16 followers sahaja. Kata orang dah berhabuk dan bersawang. 😄
Untuk makluman, Twitter dilancarkan pada 2006, kira-kira 2 tahun selepas Facebook. Kini, Twitter mencatatkan lebih 300 juta pengguna aktif seluruh dunia setiap bulan.
Twitter & Komuniti Pendidik Dunia
Apabila saya menyertai beberapa program yang melibatkan penyertaan pendidik antarabangsa, 2 perkara yang ditanya apabila berkenalan dengan mereka.
Pertama, mereka ingin tahu sama ada kita ada blog dan yang kedua mereka bertanyakan apa akaun Twitter kita. Malu pulak nak bagi sebab dah tiga tahun tak buka Twitter 😅.
Di Malaysia, para pendidik lebih ramai menggunakan Facebook berbanding Twitter. Budaya ‘tweet-retweet’ idea di Twitter masih belum wujud dalam kalangan pendidik di Malaysia.
Untuk 2019, saya rasa tiba masanya saya dan anda para pendidik di Malaysia mencuba Twitter. Ini antara sebab mengapa anda perlu aktif di Twitter pada 2019.
1. ‘Connect People’ vs ‘Connect Ideas’
Facebook merupakan platform terbaik menghubungkan manusia. Tetapi Twitter merupakan platform yang terbaik menghubungkan idea, ilmu dan pandangan.
RT @MoralesMTPS: Ss in @edtechMS Video Production class collaborate to create short films using “pizza box green screens.” Each short represents a different film genre they’ve learned about. @DoInkTweets @ThompsonMSpride #mtpscreates pic.twitter.com/OpHiFiu7A6 #doink #greenscreen
— DoInk Tweets (@DoInkTweets) January 8, 2019
Anda boleh mengikuti ramai pendidik advokasi terkenal dunia untuk melihat perkongsian idea menarik, pandangan ilmiah serta mengambil inspirasi daripada pengalaman mereka.
Fungsi limitasi teks pada Twitter membuatkan mesej yang disampaikan lebih kemas, terancang dan padat. Takde le merepek-repek 💅😋
2. Maklumat Rasmi daripada Sumber Pertama
Anda tidak perlu lagi menunggu laporan berita dari portal terkenal untuk mendapat maklumat yang sah. Dengan Twitter, anda boleh mendapat maklumat secara terus dari sumber primer.
[Kenyataan Media] Kementerian Pendidikan Malaysia Menyangkal Tohmahan Liar Pembuat Fitnah di Laman Facebook pic.twitter.com/AoKSw8waLt
— Maszlee Malik (@maszlee) January 7, 2019
Sebagai contoh, ikuti sahaja Menteri Pendidikan untuk maklumat sah berbanding mengutip berita tular yang tidak pasti menerusi mesej di Whatsapp dan sebagainya. Maknanya kurang le sikit dosa mengumpat tue. 😚
Selain itu, kebanyakkan penyedia perkhidmatan akan melakukan pengumuman penting mereka di Twitter. Anda akan menjadi orang yang terawal mengetahui berita atau inisiatif yang ditawarkan.
Scratch 3.0 is here! #Scratch3 #NewYearNewScratch https://t.co/MCRvorGa0U
— Scratch Team (@scratch) January 2, 2019
3. ‘Go Global’
Saya dalam tempoh sebulan ini, mengikuti hampir 200 pendidik advokasi serta guru pemenang anugerah tempatan dan global dengan harapan dapat belajar sesuatu daripada mereka.
Guru kita perlu lebih global dengan menerokai idea-idea bertemakan pendidikan dari seluruh dunia. Perkongsian idea kreatif guru-guru kita juga mampu menaikkan nama negara di persada dunia.
Selain itu, jaringan dengan pendidik seluruh dunia membuka mata serta menyediakan banyak ruang dan peluang untuk berkolaborasi dengan komuniti antarabangsa pada masa hadapan.
Try the Connected Kahoot!https://t.co/o6kMFQaxXs
#ditchbook #edtech pic.twitter.com/FfLbZRhK4b
— Matt Miller (@jmattmiller) January 9, 2019
4. Pilihan Pelajar Masa Kini
Berdasarkan pengalaman peribadi, pelajar sekarang semakin menjauhi Facebook dan mencuba platform-platform baharu. Namun, Twitter merupakan platform wajib untuk mereka.
Anda boleh menjadikan Twitter sebagai platform pengumuman atau notifikasi kelas, perkongsian sumber pembelajaran serta perbincangan kelas secara atas talian.
Bayangkan jika anda mempunyai 20 tahun lagi perkhidmatan, dengan Twitter, walaupun mereka bukan lagi pelajar anda, tetapi anda masih boleh kekal berhubung.
Mudah nanti jika anda memerlukan perkhidmatan atau bantuan mereka nanti.
With YOUR help and generosity, Cikgu Huong has successfully raised funds to purchase 2 brand new projectors for her school!
She's looking to get 2 more to share between 750 students at SMK Lutong. Thank YOU and to help her achieve her goal, visit https://t.co/7zINsb3pXu
— 100% Project (@100pproj) July 5, 2018
5. Membina Pengaruh
Twitter antara yang terawal mencipta konsep ‘follow‘. Jika anda seorang guru advokasi yang sentiasa melakukan perkongsian ilmu, Twitter adalah pilihan terbaik anda membina pengaruh.
Anda boleh berkongsi idea serta pandangan anda dengan lebih ramai pendidik. Seperti yang saya katakan tadi, Twitter masih belum popular dalam kalangan pendidik di Malaysia.
2019 masa terbaik untuk anda berkembang. Peluang untuk mengisi lompang dalam algoritma perisian dan tema di Twitter ini harus direbut segera.
Sebagai guru, begitu mudah untuk meramaikan followers. Minta sahaja setiap pelajar kelas anda untuk mengikuti anda. 😅
I use the QuickShare screenshot tool to take a screenshot of student work I look at. (https://t.co/YAmJMISaBg)
I suggested increasing line spacing so my screenshot shows what it looked like BEFORE my suggestion. #googleEDU pic.twitter.com/lxzSBhviJ2
— Alice Keeler (@alicekeeler) January 10, 2019
6. Penggunaan Hashtag Yang Lebih Berkesan
Twitter dan hashtag atau tanda pagar (#) tidak dapat dipisahkan. Kaedah popular penanda tema dan topik ini wujud pada hampir semua laman sosial.
Penggunaan hashtag lebih berkesan dan baik di Twitter. Dengan hashtag anda boleh melihat sebarang tema atau topik yang diminati dengan mudah atau berkongsi idea dengan tema yang spesifik.
MDM (mobile device management) will help IT department on device inventory and tracking, app distribution, remote wipe, password enforcement, app whitelisting and blacklisting and data encryption enforcement. What MDM are you using? #AppleEDUchat #AppleTeacher #ADEchat pic.twitter.com/78FCmRyhYP
— Razif Razak (@razxxf) December 30, 2018
Saya menggunakan hashtag untuk menyertai perbincangan kumpulan-kumpulan tertentu. Selain itu, saya juga menggunakan fungsi ini untuk berkongsi idea dengan komuniti yang saya sertai.
Ayuh kita meriahkan Twitter dengan idea-idea segar pendidikan dan jangan lupa follow saya noh.
(Catatan dikemaskini semula pada 15 Januari 2019)
Daftar Twitter sekarang!
Comments have been closed/disabled for this content.