Perkongsian – 2+1 minggu di 2017 MaGIC Pre Accelerator Bootcamp

Syukur saya terpilih menyertai satu program yang sudah lama saya idamkan pengisiannya. Ianya bermula apabila pasukan saya telah memenangi tempat pertama di 2017 KL Edutech Startup Weekend anjuran bersama Techstar, Google for Education dan kakiDIY di Petrosains pada Ogos lepas.

Pasukan saya terdiri daripada 6 orang ahli, namun kali ini hanya 2 orang dibenarkan terlibat dalam kem selama 3 minggu. 2 minggu untuk latihan dan 1 minggu untuk demo day serta menyertai pelbagai program di Global Entrepreneurship Community (GEC) Summit 2017.

Team CodeHelp, saya bersama Cikgu IK mewakili insdustri pendidikan

Program bermula pada minggu pertama cuti persekolahan. Dalam perjalanan untuk check-in, saya dan Cikgu IK sempat singgah di satu bengkel Python di Kompleks Amanjaya, Ipoh anjuran komuniti Perak Technology.

Hari pertama di MaGIC, Cyberjaya kami agak terkejut kerana program yang sertai adalah sebuah program antarabangsa melibatkan kebanyakan peserta dari negara ASEAN dan juga benua Amerika, Afrika dan banyak negara lagi.

Sepanjang 3 minggu banyak pengisian mengenai ilmu keusahawanan serta perkongsian bermakna daripada tokoh-tokoh usahawan dalam bidang digital. Bagi saya, membina jaringan dengan rakan-rakan baharu amat penting. ianya telah membuka dimensi baharu dalam perjalanan hidup.

Setelah 3 minggu, dapat saya simpulkan bahawa sesuatu inovasi akan mekar dan lestari jika ilmu keusahawanan diterapkan dengan betul. Ya, evolusi industri 4.0 telah mengubah segalanya termasuk kaedah pemasaran global, kita haruslah mengikuti perkembangan semasa.

Sebagai seorang pendidik,  saya melihat ilmu keusahawanan perlu diberikan kepada pelajar sejak awal usaha supaya mereka bersedia untuk bersaing di peringkat global apabila dewasa kelak.

Bill Gates, Steve Job, Mark Zuckerberg, Elon Musk dan Jack Ma merupakan usahawan popular  bidang teknologi yang perlu dicontohi. Ramai lagi usahawan yang boleh kita belajar daripada mereka. Setiap mereka mempunya resipi kejayaan tersendiri.

Terima kasih kepada pihak Malaysia Global Innovation Centre (MaGIC) kerana menyediakan peluang ini buat kami. Kemahiran yang diperolehi akan dikongsi kepada pelajar-pelajar di sekolah untuk membina Malaysia yang lebih gemilang.

Antara perkara yang telah kami pelajari:

  • Teknik memulakan start-up
  • Teknik Pemasaran Digital
  • Teknik Picthing
  • Teknik menghasilkan Pitch Desk
  • Tips-tips keusahawan dan sebagainya

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.