Penggunaan Aplikasi Permesejan dalam Pendidikan

Sewaktu menuntut di USM, aplikasi permesejan yang menghubungkan kami para mahasiswa mahasiswi adalah Yahoo! Messenger.

Ianya diakses menerusi versi web dan juga aplikasi desktop. Gajet pintar pada ketika itu masih lagi baru dan aplikasi pintar yang ditawarpun masih terhad.

Yahoo! Massenger begitu popular digunakan untuk interaksi personal dan juga berkumpulan (chatroom) di seluruh dunia. Selain fungsi permesejan, ia juga menawarkan sokongan panggilan suara dan video dalam versi terkini.

Ramai yang tidak tahu aplikasi permesejan popular Whatsapp sebenarnya telah diasaskan oleh dua pekerja Yahoo! iaitu Brian Acton dan Jan Koum. Setelah meninggalkan Yahoo! pada September 2007 mereka seterusnya mencari hala tuju membina inovasi sendiri.

Menariknya selepas meninggalkan Yahoo! mereka pernah memohon kerja di Facebook namun permohonan mereka ditolak. Setelah menghasilkan Whatsapp pada November 2009,  platform ini berkembang dengan begitu pantas.

Ini menjadi aplikasi permesejan paling bernilai sehinggakan pihak pihak Facebook pula berminat dengannya. Seterusnya Facebook membida untuk mengambil alih pegangan Whatsapp dengan nilai USD 19.3 billion pada Februari 2014.

Pada Januari 2017, Whatsapp mempunyai 1.2 bilion pengguna aktif seluruh dunia. Ramai bukan. Sebenarnya, jumlah pengguna yang semakin ramai sejak 3 tahun lepas membuatkan mereka mengalami dilema lantas menetapkan strategi supaya pendaftaran pengguna baru dapat diperlahankan agar sistem mereka dapat menampung keperluan semasa.

Pernah ingatkah dahulu ura-ura mengatakan yang mana perkhidmatan ini tidak lagi percuma selepas setahun. Namun kini, dengan pelaburan yang besar mereka telah menawarkan perkhidmatan secara percuma tanpa sebarang masalah.

Pesaing terdekat mereka sudah tentulah Telegram, satu ‘perkhidmatan permesejan sosial’ oleh dua beradik Nikolai & Pavel Durov. Telegram dilancarkan pada Ogos 2013. Nama Telegram mengingatkan kita mengenai perkhidmatan penghantaran mesej teks fizikal popular dunia pada masa dahulu.

Saya melihat Telegram sebagai salah sebuah perkhidmatan yang sangat inovatif kerana senantiasa menawarkan ciri-ciri baru yang menarik kepada pengguna. Mereka menggunakan konsep sumber terbuka (open source) dan hadir dengan tahap keselamatan yang diakui mereka antara yang terbaik dalam pasaran.

Whatsapp dan Telegram menjadi 2 aplikasi yang amat penting kepada pendidik. Kedua-dua aplikasi ini menawarka fungsi pembinaan kumpulan. Saya sendiri telah mempunyai lebih 60 kumpulan di Whatsapp dan lebih 40 kumpulan sembang di Telegram. Tentu anda lagi banyak.

Ada kumpulan yang disertai dengan rela hati menerusi pautan dan ada pula dimasukkan rakan tanpa ‘kerelaan’. Setelah meneliti kesemua corak kumpulan sembang yang ada, teman cuba bahagikan kumpulan sembang ini kepada 6 kategori:

  1. Kumpulan sembang kerja/organisasi – dimana semua staff menjadi ahli dan saluran maklumat untuk pengurusan organisasi dilakukan di sini.
  2. Kumpulan sembang rakan – kumpulan terdiri daripada rakan rakan baik/clique atau sahabat-sahabat lama sewaktu di universiti atau di bangku persekolahan.
  3. Kumpulan sembang minat – Kumpulan ini selalunya menjadikan sesuatu hobi, minat serta sukan sebagai subjek. Menariknya, kumpulan ini terdiri dapada pelbagai latar bekang berbeza.
  4. Kumpulan sembang sekursus – kumpulan ini dibina sewaktu kem/bengkel/kursus tertentu. Selalunya ianya hanya meriah sewaktu kursus dan mungkin sebulan selepas kursus. Kemudiaan ia akan ditinggalkan perlahan-lahan.
  5. Kumpulan sembang berkepentingan – Kumpulan ini selalunya dimasukkan oleh orang yang mahu mempromosi produk yang beliau tawarkan. Bagi teman cara begini kurang beretika dan amat mementingkan diri.
  6. Kumpulan sembang perkongsian -Kumpulan ini lazimnya terbuka kepada umum untuk menyertai berdasarkan tema atau matlamat kumpulan ditubuhkan. Ianya menjurus kepada perkongsian ilmiah serta perkongsian pengalaman.

Sebagai pendidik, kumpulan kategori 1 dan 6 merupakan kategori yang paling signifikan. Saya percaya sudah tentu anda menyertai kumpulan dengan matlamat tertentu.

Contohnya jika anda menyertai kumpulan Guru-Guru Sejarah Malaysia (sebagai contoh) sudah tentu anda mahu mengukuti perkembangan semasa tujuan kumpulan dibentuk.

Namun, hakikatnya anda mungkin rimas dengan ratusan pesanan teks, yang kadang kadang tidak ada kena mengena dengan matlamat kumpulan. Oleh itu teman senaraikan tips-tips ini yang mungkin berguna.

Tips untuk aplikasi permesejan

  1. Bagi yang rimas dengan notifikasi yang muncul setiap kali mesej dihantar dalam kumpulan, ianya boleh disenyapkan dengan tetapan Mute.
  2. Tahukah anda, segala perkongsian pautan dan fail serta media boleh diakses dengan mudah tanpa anda perlu skrol ke mesej sebelumnya. Pergi sahaja ke Media/File. Disana anda dapat melihat kesemua pautan dan media yang telah dikongsi sebelum ini.
  3. Di dalam kumpulan terdapat ramai pakar yang boleh menjadi rujukan. Lazimnya kumpula ini ditubuhkan oleh pengasas yang juga admin kumpulan. Anda boleh mengesan admin pada fungsi Members.
  4. Fungsi carian disertakan oleh kebanyakan aplikasi permesejan. Gunakan fungsi ini untuk mencari maklumat yang ada ingini dengan pantas.
  5. Jangan semakkan ruang hidup anda. Walaupun teman mempunyai begitu banyak kumpulan, namun ia baik untuk teman sekalu seorang penulis. Untuk anda, jika menyertai sesuatu kumpulan baru, beri tempoh sehingga 3 bulan. Jika ianya gagal memberi manfaat dalam tempoh tersebut, sila tinggalkan kumpulan. Data anda pun akan lebih jimat.
  6. Gunakan fungsi Mentions (@) untuk menujukan sesuatu pesanan kepada rakan anda pada masa yang sama mahu ahli kumpulan melihat pesanan tersebut.

Sertai saluran Telegram perkongsian cikgusiber.com di sini untuk perkongsian setiap hari mengenai teknologi dalam pendidikan.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.