Peranti PdPR pilihan 2021 – Chromebook

Mungkin ini kali pertama anda mendengar mengenai Chromebook.  Mungkin, sebelum ini anda pernah menggunakan aplikasi Chrome di komputer anda untuk melayari laman web. Baik, ianya dari projek yang sama, iaitu The Chromium.

Idea asal Chromebook adalah untuk menawarkan komputer riba jenis notebook berasaskan teknologi awan (cloud) sepenuhnya dengan menggunakan aplikasi dan perkhidmatan Google.

Pengguna juga boleh mengakses aplikasi pihak ketiga menerusi Chrome Web Store. Bermakna pengguna haruslah sentiasa dihubungkan menerusi rangkaian Internet.

Kini, Chromebook yang dikuasai sistem pengoperasian Chrome OS membolehkan aplikasi diajalankan juga secara offline serta mampu pula menjalankan app-app Android dari Play Store.

Saya berkesempatan menggunakan Chromebook keluaran Samsung di perpustakaan sekolah dan merasakan ianya sebuah peranti yang pantas. Papan kekunci seakan komputer riba memberi kelebihan untuk anda menaip dengan selesa dan pantas.

Video dibawah menerangkan secara lebih mendalam mengenai apa itu Chromebook.

Anda perlu tahu Chromebook tidak menjalankan Windows. Ianya menawarkan sistem pengoperasian yang berbeza. Ianya lebih ringan, mudah dan hanya memberi fokus kepada perkara-perkara penting sahaja.

Jika anda telah biasa dengan ciri kolaborasi aplikasi-aplikasi Google seperti GDrive, Google Docs, Google Slides, Google Keep, Google Jamboard dan sebagainya, ia sebuah peranti yang ideal untuk anda.

Namun, jika anda masih mahu menggunakan aplikasi popular Windows seperti Microsoft Word, Excel dan Powerpoint menerusi pakej aplikasi Office 365 secara online.

Untuk menggunakan Office 365 sebenarnya pelajar-pelajar dibawah KPM boleh menggunakan ID DELIMa  yang dibekalkan untuk mengakses perkhidmatan ini secara percuma.

Antara jenama penyedia peranti Chromebook

Saya menjangkakan, dalam situasi pendemik ini, Chromebook bakal menjadi pilihan utama pelajar untuk Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) secara online mungkin atas faktor harga.

Chromebook dijual bermula pada tanda harga RM600 sehingga RM2,500. Anda boleh juga mendapatkan set refurbished yang berharga lebih rendah daripada itu.

Adakah ianya pilihan terbaik anda?, disini saya rumuskan kelebihan dan kelemahan peranti ini.

Kelebihan:

  • Chrome OS disokong sepenuhnya oleh Google. Perisian (OS dan aplikasi) sentiasa dikemaskini.
  • Fizikal menyerupai sebuah laptop dan ada yang menawarkan skrin sesentuh.
  • Dapat memasang dan menjalankan aplikasi dan permainan Android.
  • Harga yang mampu milik dengan pelbagai pilihan daripada pelbagai jenama pengeluar utama.

Kekurangan:

  • Memerlukan sambungan Internet untuk optimasi penggunaan yang maksimum.
  • Tiada/kurang sokongan untuk kerja-kerja penyuntingan media yang berat seperti penyuntingan video 4K atau manipulasi grafik profesional.

Jadi, adakah Chromebook ini pilihan anda? Apakah peranti yang saya akan ulas seterusnya. Nantikan.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.