Peranti PdPR pilihan 2021 – iPad, iPad Air dan iPad Pro

iPad mendominasi 32.5% pasaran tablet pada 2020. Reputasi iPad sebagai komputer tablet terbaik memang tidak dapat disangkal lagi. Dilancarkan kira-kira 10 tahun yang lalu, boleh dikatakan dari segi perisian dan aplikasi, ia telah pun matang.

iPad menjalankan sistem pengoperasian iPadOS yang amat intuitif dan mudah digunakan. Ianya selari dengan pengalaman penggunaan iOS pada iPhone dengan menyokong keseluruhan ekosistem perisian Apple.

iPad akhir-akhir ini memberi fokus kepada pembelajaran kreativiti. Sudah tentu app GarageBand, iMovie, Keynote, Reality Composer dan Clips yang diberikan secara percuma menjadi kelebihan utama iPad berbanding tablet Android di pasaran.

Kini, iPad mempunyai 4 varian, iaitu iPad, iPad Mini, iPad Air dan iPad Pro. Untuk peranti PdPR pilihan bagi 2021, saya memilih iPad, iPad Air dan iPad Pro. Seterusnya, mana satu pilihan dihati, terserah kepada bajet dan keperluan anda.

iPad

Setelah memasuki generasi ke-8, Apple masih lagi mengekalkan reka bentuk yang ikonik seperti versi di awal pengenalannya. Reka bentuk ini dikenali oleh hampir semua penduduk di muka bumi.

iPad terkini ini dikuasai oleh cip pemprosesan A12 yang sama digunakan pada iPhone XS, XS Max dan XR. Walaupun cip yang agak berusia, optimasi bagi penggunaan di iPad agak bagus. Peranti amat lancar dan berkuasa.

iPad menyokong penggunaan Apple Pencil generasi pertama serta mempunyai Smart Connector untuk penyambungan fizikal pada papan kekunci. Terdapat banyak juga pilihan papan kekunci dari pihak ketiga yang murah.

iPad dijual pada harga RM1,369 (diskaun pendidikan) untuk versi permulaan 32GB Wi-Fi. Saya menyarankan anda memilih versi 128GB Wi-Fi dengan harga RM1,769.

Kelebihan:

  • Sokongan perisian dijangka sehingga 5 tahun.
  • Pilihan ratusan ribu app di App Store.
  • Menawarkan masa penggunaan peranti (SoT) yang bagus.
  • Pengalaman e-Sport pada tablet yang baik.

Kekurangan:

  • Masih menggunakan port Lighning berbanding industri yang bergerak ke arah penggunaan USB-C.
  • Masih menawarkan versi 32GB yang sudah tidak relaven.

iPad Air

iPad Air diposisikan antara iPad dan iPad Pro. Ianya menggunakan rekaan berkotak dan berskrin penuh seakan iPad Pro. Namun, saiznya sedikit kecil iaitu 10.9 inci berbanding iPad Pro 11 inci.

Peranti ini agak unik. Apabila rekaan skrin penuh dipilih, Apple meletakkan Touch ID pada butang kuasa menjadikan ianya yang pertama dengan teknologi sedemikian.

Peranti ini menyokong Apple Pencil generasi kedua serta Magic Keyboard. Menambah lagi keunikan, Apple menawarkan pelbagai pilihan warna yang agak menarik dan menggoda.

Mengenai cip pemprosesan, menariknya, Apple menggunakan A14 sepertimana yang digunakan pada iPhone 12. Ianya amat berkuasa, namun masih lagi belum mampu menandingi kuasa A12Z pada iPad Pro.

iPad Air dijual bermula (RM2,399 (diskaun pendidikan) bagi versi 64GB Wi-Fi. Cukup atau tidak 64GB ini. Bagi saya ianya memadai untuk kegunaan seorang pelajar.

Jika anda bercadang untuk versi 256GB Wi-Fi mungkin anda perlu mempertimbangkan iPad Pro versi 128GB Wi-Fi dengan perbezaan harga yang tidak jauh berbeza

Kelebihan:

  • Penggunaan port USB-C.
  • Sokongan perisian dijangka sehingga 7 tahun.
  • Pilihan ratusan ribu app di App Store.
  • Menawarkan masa penggunaan peranti (SoT) yang tinggi.
  • Dengan cip A14, iPad menawarkan pengalaman e-Sport yang sangat baik.

Kekurangan:

  • Masih lagi skrin 60Hz yang sepatutnya bagi saya skrin120Hz menjadi teknologi standard bagi iPad pertengahan.

iPad Pro

iPad Pro merupakan variasi tertinggi iPad. Ianya telah lama wujud di pasaran iaitu sejak 2016 lagi. iPad Pro generasi terbaru (2020/generasi ke-4) masih lagi menggunakan rekaan yang sama seperti generasi sebelumnya (2018).

Selain cip 7 teras yang yang amat berkuasa, antara kelebihan iPad Pro adalah penggunaan teknologi skrin 120Hz yang dikenali sebagai ProMotion.

Selain paparan yang lancar, teknologi ProMotion juga amat penting untuk memberi kejituan dalam lakaran menggunakan Apple Pencil. Teknologi LIDAR pula merupakan memjadikan peranti ini amat terbaik untuk Augmented Reality (AR).

iPad Pro ditawarkan dalam dua saiz skrin iaitu 11 inci dan 12.9 inci. Versi permulaan 128GB Wi-Fi dijual pada harga RM3,279 (diskaun pendidikan). iPad Pro menawarkan storan sehingga 1TB.

Mungkin agak keterlaluan untuk memberikan iPad Pro kepada anak-anak sebagai peranti pembelajaran PdPR mereka, namun, jika dioptimasi penggunaan sepenuhnya, ianya satu pelaburan yang berbaloi.

Kelebihan:

  • Penggunaan port USB-C yang menjadi standard terkini sambungan dan pengecasan.
  • Teknologi skrin 120Hz untuk lakaran digital yang amat lancar.
  • Dilengkapi teknologi LIDAR untuk pengalaman Augmented Reality yang baik.
  • Sokongan perisian dijangka sehingga 7 tahun.
  • Pilihan ratusan ribu app di App Store.
  • Menawarkan masa penggunaan peranti (SoT) yang tinggi.
  • Pengalaman e-Sport pada tablet yang tiada tandingan.

Kekurangan:

  • Penggunaan bersama Magic Keyboard menjadikan peranti agak berat.

iPad menawarkan satu potensi yang untuk menggunakan iPad sebagai Peranti PdPR. Jadi, jika anda merasakan iPad bukanlah pilihan ideal, mari kita lihat peranti seterusnya.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.