Peranti PdPR pilihan 2021 – Microsoft Surface Go 2

Walaupun saya seorang Apple Distinguished Educator (ADE), jangan terkejut yang mana saya juga memiliki memiliki sebuah Microsoft Surface Go 2. Ianya dihadiahkan kepada saya dalam satu pertandingan.

Selaku pengguna iPad dan iPad Pro sekian lama, bagaimana pandangan  saya dengan Microsoft Surface Go generasi kedua ini?. Baik, jujur saya katakan, jika anda telah terbiasa dengan iPad, menggunakan Surface Go 2 mungkin menjejaskan mood anda.

Perkara yang amat ketara adalah dari segi kelancaran Windows 10 Home berbanding iPadOS pada iPad. Kedua, kemampuannya dalam proses penyuntingan media yang berat seperti penyuntingan video berdefinisi tinggi.

Bagi anda yang bergantung dengan pelbagai aplikasi kreatif seperti saya, Surface Go 2 bukanlah pilihan yang ideal. Nampaknya, belum banyak sokongan aplikasi ditawarkan pada Microsoft Store.

Sepertimana ekosistem Microsoft, Surface Go 2 juga membenarnya anda untuk memasang aplikasi tanpa Microsoft Store. Namun, jangan harap ia berjalan dengan lancar pada pemprosesan Intel Gold untuk aplikasi-aplikasi suntingan multimedia.

Namun, jika anda hanya menggunakan aplikasi-aplikasi asas pembelajaran daripada Microsoft seperti Office, Teams, OneNotes dan sebagainya mungkin anda boleh mempertimbangkan peranti ini.

 

Satu set lengkap versi terendah berspesifikasi Intel Gold 4425Y/4GB RAM/64GB termasuk Type Cover dan Surface Pen berharga RM2699. Saya sarankan untuk anda memilih varian 8GB dengan 128GB storan.

Bagus atau tidak sebuah tablet hibrid generasi kedua daripada Microsoft ini? Saya rumuskan kelebihan dan kelemahan berikut berdasarkan pandangan saya.

Kelebihan:

  • Menjalankan Windows yang mana komuniti penggunanya begitu besar seluruh dunia.
  • Rekaan penyandar pada bahagian belakang yang membolehkan tablet berdiri dengan pelbagai sudut.
  • Skrin sentuh yang menyokong Surface Pen untuk anotasi dan lakaran.

Kekurangan:

  • Harganya agak mahal. Set asas sahaja menyamai harga sebuah laptop Windows.
  • Kurangnya sokongan app pihak ketiga menerusi Microsoft Store.
  • Keupayaan pemprosesnya masih belum cukup untuk memberi pengalaman penggunaan yang lancar.
  • Pengalaman e-Sport yang teruk.

Mari kita lihat pula apa peranti yang seterusnya sebagai pilihan bagi pelajar untuk PdPR secara online.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.