Peranti PdPR pilihan 2021 – Raspberry Pi 400

Hi semua, duit bonus dah habis ka? Jika anda mempunyai duit lebih dan masih berkira-kira untuk membeli peranti PdPR untuk 2021, selain daripada senarai dalam catatan yang lepas, inilah cadangan saya untuk anda semua.

Catatan ini agak panjang sedikit berbanding catatan-catatan Peranti Pilihan PdPR pilihan sebelum ini. Maklumlah tengah ada mood untuk menulis balik.

Peranti terbaik mampu milik

Mesti anda pernah memikirkan apakah peranti yang mampu milik untuk digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) melibatkan mood online untuk kegunaan anak anda.

Tablet Android, iPad, laptop, Chromebook dan PC/desktop semuanya berada dalam senarai wishlist anda. Peranti terbaik yang ada mahukan mungkin berharga lebih RM1000.

Semakin anda menunggu harga peranti semakin meningkat berpunca daripada peranti elektronik mengalami permintaan yang luar biasa berbanding pengeluaran yang terjejas untuk memenuhi permintaan pasaran.

Jadi, jangan risau, saya akan bantu anda untuk mendapatkan peranti terbaik pada harga mampu milik. Ianya sebuah komputer yang sering digunakan oleh pelajar inovasi saya untuk belajar pengaturcaraan serta menyiapkan projek teknologi digital.

Raspberry Pi 400

Peranti ini adalah sebuah Raspberry Pi 400. Raspberry Pi merupakan sebuah projek Raspberry Pi Foundation yang berpangkalan di United Kingdom untuk mempromosi pembelajaran bertemakan ‘digital maker’.

Produk utama mereka adalah Raspberry Pi yng kini telah memasuki generasi ke-empat. Selain itu, mereka menawarkan juga Raspberry Pi Zero, Raspberry Pi 400 dan terkini Raspberry Pi Pico.

Reputasi Raspberry Pi sangat tinggi dalam dunia pendidikan. Tanyalah sesiapa dalam bidang perkomputeran, mereka sudah pasti mengenali jenama ini. Komuniti penggunanya yang besar membuatkan begitu banyak rujukan pembelajaran di Internet.

Ya. Inilah peranti yang harus anda berikan kepada anak anda sebagai salah satu peranti untuk PdPR. Mengapa ya saya cadangkan peranti ini? Hanya ada dua sebab. Teruskan pembacaan anda.

Peranti Mampu milik berkuasa

Sebuah laptop yang baik berharga lebih RM1400. Chromebook asas pula boleh didapati pada harga bermula RM800. iPad pula dijual pada harga bermula RM1,449.

Pi 400 boleh dimiliki pada harga RM465 sahaja (set termasuk eksesori) tanpa monitor. Untuk paparan guna sahaja paparan TV di rumah anda. Jimat.

Paparan TV yang digunakan diatas adalah untuk tujuan demo semata-mata. Ya, saiz TV sekarang memang besar dan tidak sesuai untuk paparan jarak dekat. Kalau boleh jauhkan sedikit daripada meja anak anda. Dapatkan kabel HDMI to Micro-HDMI yang lebih panjang.

Raspberry Pi 400 dikuasakan dengan pemprosesan quad-core 64 bit jenis ARM berkelajuan 1.8Ghz . Papan litarnya diintergrasi terus pada papan kekunci menjadikan ianya sebuah komputer yang agak kompak.

Menerusi ujian yang dijalankan, peranti ini amat berkuasa dan mampu menjalankan tugasan yang agak mencabar. 4 GB RAM begitu mencukupi kerana ianya adalah sebuah komputer berasaskan Linux.

Di Malaysia, hanya terdapat dua pembekal bertauliah. Pertama, Cytron dan ke-dua Autobotic. Saya lebih menyukai Cytron kerana terdapat tawaran penjimatan tambahan khas untuk Guru.

Menyokong Pembelajaran IR 4.0

Ya, Raspberry Pi ni merupakan satu peranti yang dah lama digunakan untuk belajar pengekodan bagi pelajar-pelajar jurusan Sains Komputer. Ianya berasaskan Linux serta menggunakan aplikasi sumber terbuka.

Dibelakang Pi 400 terdapat port GPIO 40 pin yang membolehkan anda anda menyambungkan dengan pelbagai penderia dan komponen elektronik bagi projek inovasi digital mereka.

Mendapatkan sebuah Pi untuk anak anda bermakna anda delah menyediakan satu peranti yang bersedia dengan pembelajaran masa hadapan dalam zaman Revolusi Perindustrian ke-4.

Pemasangan

Pi 400 merupakan satu variasi Raspberry Pi yang mana menyokong pelajar untuk memiliki peranti yang mampu milik. Video dibawah merupakan satu rakaman bersama anak sulong untuk memasang peranti PdPR beliau.

Jangan lupa SUBCRIBE dan tekan LOCENG ya tanda sokongan!

Nota: Panduan lanjut Rasberry Pi 400 sebagai peranti PdPR Online boleh didapati menerusi modul Didik Digital di https://bit.ly/minatdidikdigital 

Kelebihan:

  • Kos bawah RM800 termasuk monitor.
  • Saiz yang kompak dan pemprosesan yang berkuasa serta menyokong dual-display.
  • Kualiti binaan yang baik. Menaip juga selesa.
  • Ekosistem sumber terbuka Linux dengan port GPIO 40 pin menyediakan pelajar dengan pembelajaran teknologi digital IR4.0.
  • Memerlukan sedikit kemahiran teknikal untuk pemasangan namun sumber tutorial banyak di web. Bagi saya ini kelebihan bukan kekurangan kerana anak anda akan belajar ilmu perkomputeran.
  • Pakej bundle didatangkan dengan buku panduan penggunaan.

Kekurangan:

  • Tiada tawaran versi 8GB RAM. Hanya versi 4GB sahaja.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.