Perkongsian kandungan pendidikan dengan pantas menerusi Telegraph

Pada awal 2017, saya pernah menulis mengenai aplikasi penerbitan kandungan Telegraph serta bereksperimen dengan menulis beberapa catatan menerusinya.

Saya merumuskan Telegraph sebagai satu aplikasi yang mudah dikendalikan sehinggakan pengguna yang tiada kemahiran teknikal web pun boleh menggunakan aplikasi ini.

Konsep minimalis yang diperkenalkan dengan membuang pelbagai elemen lain yang biasanya ada pada sesebuah web seperti widgets, cookies, plug-in dan sebagainya.

Hanya elemen teks, imej, pautan web, serta fungsi benaman video luar (seperti pautan Youtube) sahaja dipaparkan untuk memberi fungsi akses yang cepat.

Ianya menawarkan kadar muatan halaman yang pantas lantas menawarkan pengalaman yang lebih baik para pembaca, terutamanya jika dikongsi menerusi Telegram dan dibaca menerusi instant view.

Telegraph Bot (@telegraph)

Telegram pada mulakan menawarkan Telegraph dengan ciri-ciri anonymous iaitu kandungan adalah ‘bebas milik’. Sistem hanya mengesan MAC address peranti anda sebagai hak (kebenaran) untuk menyunting.

Ianya amat menyukarkan jika anda menggunakan pelbagai peranti untuk suntingan.

Setelah mendapat maklumbalas pengguna, mereka seterusnya menawarkan Telegraph bot supaya anda dapat menggunakan akaun Telegram sedia ada untuk mengurus catatan-catatan yang dihasilkan.

Telegraph bot boleh diakses di Telegram dengan menaip @telegraph pada fungsi carian untuk memudahkan anda mengurus kandungan.
Anda boleh meletakkan nama anda (pada Author) dengan pautan ke akaun Telegram anda atau pautan luar lain.

Optimasi Carian

Namun, Telegraph mempunyai satu kelemahan yang ketara iaitu ianya sukar ditemui oleh enjin carian Google.

Menerusi percubaan saya mencari semula catatan yang pernah ditulis menerusi Google, nampaknya mereka masih lagi belum menyelesaikan isu ini.

Saya melihat ciri optimasi carian halaman merupakan faktor terpenting jika anda ingin menghasilkan bahan perkongsian yang memberi manfaat yang besar kepada lebih ramai khalayak.

Jika anda hanya ingin bereksperimen atau mahu berjinak-jinak untuk menulis kandungan pendidikan, Telegraph dilihat amat sesuai.

Namun, jika anda ingin menjadi penulis kandungan ilmiah yang serius, platform lain seperti CMS wajar dipertimbangkan.

Kongsikan pengalaman ada menggunakan aplikasi Telegraph pada ruangan komen dibawah. Terima kasih kerana terus menyokong cikgusiber.com.

Mulakan catatan anda di Telegra.ph

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.