BYOD dan perlaksanaannya: 6 sebab mengapa BYOD?


BAHAGIAN 2

Dalam catatan sebelum ini, saya membincangkan serba sedikit mengenai konsep pelaksanaan kaedah ‘Bring Your Own Device‘ atau BYOD serta cabaran pelaksanaannya di Malaysia.

BYOD dan perlaksanaannya: Pengenalan BYOD

Mengapa kaedah ini menjadi pilihan untuk dilaksanakan di kebanyakan sekolah-sekolah di dunia? Berikut merupakan jawapannya.

6 sebab mengapa BYOD?

1️⃣ Peranti akan sentiasa berada bersama pelajar untuk pembelajaran ‘Anytime, Anywhere‘. Oleh itu, mereka boleh menggunakan masa dengan fleksibel untuk menyiapkan tugasan sama ada sewaktu rehat ataupun dirumah.

2️⃣ Guru dan pelajar boleh memilih peranti yang mereka mampu dan selesa untuk pembelajaran. Terdapat pelbagai persekitaran pembelajaran yang ditawarkan sama ada ekosistem Microsoft, Apple, Google dan sebagainya.

3️⃣ Guru dan pelajar bertanggungjawab kepada keselamatan peranti mereka sendiri. Sekolah tidak perlu lagi mengeluarkan belanja yang besar untuk memastikan keselamatan peranti terjaga.

4️⃣ Penyelenggaraan terhadap perkakasan dan perisian akan dilakukan sendiri. Ia akan mengurangkan beban kerja unit ICT sekolah untuk urusan penyelenggaraan seperti mengemaskini perisian atau membaiki kerosakan peranti.

5️⃣ Kaedah ini dapat menjimatkan kos kerana pihak sekolah tidak perlu lagi menyediakan peranti kepada guru dan pelajar. Bajet sekolah dapat dialihkan kepada perkara-perkara lain seperti program pembangunan pelajar dalam bidang teknologi dan kreativiti.

6️⃣ Menjimatkan masa. Bayangkanlah jika peranti milik sekolah, pelajar memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengannya. Jika peranti sendiri, segala fail dapat diakses dengan mudah dan

BYOD dan pelaksanaannya: Kategori Peranti BYOD

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.