BYOD dan pelaksanaannya: Kategori Peranti BYOD

BAHAGIAN 3

BYOD atau ‘Bring Your Own Device’ merupakan satu kaedah perlaksanaan teknologi digital dalam pembelajaran yang kini menjadi trend peringkat global.

Konsepnya mudah, setiap pelajar akan memiliki atau membawa peranti mereka sendiri ke sekolah. Namun, cabaran perlaksanaannya adalah berkisar kepada kesanggupan serta kemampuan ibu bapa untuk menyediakan peranti kepada anak-anak mereka.

BYOD dan perlaksanaannya: Pengenalan BYOD

Baiklah, mari kita bincangkan peranti apakah yang sesuai dalam perlaksanaan kaedah BYOD

1. Komputer riba / Laptop PC

Komputer riba merupakan peranti popular yang digunakan dalam pelbagai industri. Terdapat 3 ekosistem utama iaiatu Windows, Linux dan Apple.

Antara kelebihan komputer riba adalah:

i. Kuasa pemprosesan yang tinggi untuk tugasan yang berat.

ii. Tawaran perisian aplikasi yang banyak dan mudah didapati.

iii. Mempunyai banyak pilihan jenama dan ekosistem.

iv. Penggunaan tetikus dan papan kekunci membuatkannya lebih produktiviti.

v. Sesuai untuk pelajar yang berminat untuk membangunkan sistem, perisian atau app.

 2. Chromebook

Mempunyai ciri-ciri sebuah laptop, Chromebook menjalankan Chrome OS daripada Google. Perisian pengoperasian ini juga menyokong app-app dari Android dari Play Store.  Seperti juga komputer riba, Chromebook dihasilkan oleh pelbagai pengeluar.

Antara kelebihan Chromebook adalah:

i. Proses ‘boot‘ (memulakan sistem) yang pantas.

ii. Sokongan aplikasi secara ‘offline‘. Boleh juga menjalankan app-app Android.

iii. Harga yang murah. Boleh didapati dengan harga bermula RM800.

iv. OS yang sentiasa dikemaskini dan begitu selamat.

3. Komputer Tablet

Komputer tablet terkenal dengan saiznya yang kompak serta kaedah interaktiviti menggunakan skrin sentuh. Selain Chromebook, komputer tablet juga menjadi pilihan utama untuk digunakan dalam pembelajaran.

Antara kelebihan komputer tablet adalah:

i. Tawaran app yang banyak dan pelbagai.

ii. Ketahanan bateri sepanjang hari.

iii. Skrin sentuh yang besar memudahkan anotasi dan lakaran untuk kreativiti.

iv. Harga yang kompetitif. Terdapat pengeluar yang menawarkan harga diskaun pendidikan.

v. Kamera depan dan belakang untuk fungsi Augmented Reality (AR).

vi. Menyokong stylus digital dan papan kekunci fizikal untuk lebih produktif.

4. Telefon Pintar

Secara peribadi saya kurang menggemari idea untuk menggunakan telefon pintar sebagai peranti BYOD. Ini kerana saiz skrin yang kecil memberi banyak limitasi selain ketahanan bateri yang teruk jika digunakan dengan kerap.

Namun, antara kelebihan menggunakan telefon pintar:

i. Kebanyakkan pelajar telah sedia mempunyai telefon pintar sendiri.

ii. Peranti sentiasa bersama pelajar untuk pembelajaran sepanjang masa.

iii. Tawaran app yang pelbagai terutamanya app pendidikan.

BYOD dan perlaksanaannya: 6 sebab mengapa BYOD?

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.