Permohonan Digital Maker Hub MDEC untuk sekolah dibuka

24 buah sekolah telah terpilih untuk menjalani program rintis Digital Maker Hub (DMH) dari MDEC dibawah inisiatif #mydigitalmaker. Sekolah-sekolah ini diberi gelaran #mydigitalmaker Champion School.

DMH merupakan satu program pembangunan ruang kerja digital dengan sekolah menyediakan satu bilik khas untuk dinaiktaraf. Semua kos renovasi serta peralatan digital seperti pencetak 3D, komputer serta peralatan elektronik lain ditanggung sepenuhnya oleh pihak MDEC.

Tahun ini, sekali lagi MDEC membuka peluang kepada pihak sekolah untuk memohon agar sebuah DMH dapat dibangunkan di sekolah anda. Untuk itu MDEC mencari sekolah yang mempunyai ruangan yang sesuai untuk dijadikan DMH.

Sekolah haruslah memiliki pengurusan yang mantap, saling menyokong dan inovatif. Selain perlu memiliki sekumpulan guru yang proaktif untuk mengendalikan DMH, sekolah juga perlu mempunyai pentadbir yang berdedikasi dan mahu melaksanakan pembaharuan inovasi digital di sekolah.

Maklumat lanjut permohonan boleh didapati di https://www.mydigitalmaker.com/digital-maker-hubs. Tarikh akhir permohonan adalah pada 30 September 2019.

Sumber gambar: MDEC

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.