Persembahan slaid gaya Powtoon

Klip animasi memberi kesan yang mendalam kepada impak pembelajaran. Ianya dapat memaparkan imej serta pergerakan untuk menerangkan sesuatu konsep atau sesuatu maksud.  Ia juga menjadikan pembelajaran suatu yang menghiburkan dan diingati.

Powtoon merupakan satu aplikasi persembahan bersasaskan web yang membenarkan anda membina animasi menerusinya. Powtoon merupakan cara baru membina persembahan slaid yang sebelum ini didominasi oleh Powerpoint dan Prezi.

Untuk pendaftaran baru, jika anda mempunyai akaun Facebook atau Google ianya amat mudah. Anda boleh menggunakan akaun ini untuk diintergrasikan terus dengan Powtoon. Antaramuka yang dipaparkan dalam Powtoon Studio begitu mudah dan mesra. Anda akan diberi tutorial ringkas untuk membina persembahan slaid pertama anda.

 

Selain membina sendiri dari halaman kosong, anda juga boleh mencuba template yang tersedia. Setelah siap anda boleh menerbitkan persembahan dalam bentuk slaid untuk dipaparkan dalam Powtoon Show.

Untuk akaun percuma anda tidak boleh memuat turun fail dalam bentuk video. Namun, anda boleh menerbitkan ke dalam bentuk video untuk Youtube ataupun Wistia dengan definisi standard (480P).

Untuk akaun premium, terdapat fungsi untuk membolehkan ada memuatnaik video berdefinisi tinggi HD dan Full HD ke Youtube ataupun Wistia. Bagi versi muatturun video anda boleh memuatturun video dalam pelbagai saiz sehingga Full HD.

3 pelan ditawarkan iaitu secara percuma dengan masa dan ciri-ciri yang terhad serta watermark “Created Using Powtoon” serta slaid outro pada akhir persembahan.

Manakala 2 pelan berbayar ditawarkan dengan harga USD19/bulan (Pro) dan USD59/bulan (Business) untuk langganan setahun. Pelan premium ini membawakan ciri tambahan yang pastinya amat berguna untuk memantapkan kualiti persembahan anda.

Terokai Powtoon

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.