Cabaran Kreatif iPad @ Pertandingan Inovator Digital Muda kNOVASI 2020

Sempena Kongres dan Pertandingan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran kNOVASI 2020, UKM bakal menganjurkan satu pertandingan filem pendek kreatif iaitu Pertandingan Inovator Digital Muda bertemakan ‘Pembelajaran Aktif Futuristik Melangkaui 2020‘. Para peserta perlu menghasilkan sebuah filem pendek berdurasi tidak melebihi 5 minit menyentuh tema diatas.

Lihat apa itu Pembelajaran Aktif (Wikipedia)

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:

(1). Berumur tidak kurang 7 tahun dan tidak melebihi 17 tahun pada 2019.
(2). Penyertaan secara berkumpulan tidak melebihi 3 orang.
(3). Durasi hasil karya tidak melebihi 5 minit.
(4). Peserta bebas menggunakan apa-apa peranti rakaman, namun suntingan wajib menggunakan app iMovie pada iPad.
(5). Karya mestilah menggunakan elemen ‘chroma key’ menggunakan ciri sokongan green/blue screen pada iMovie.
(6). Muzik atau kesan bunyi pada karya mestilah menggunakan aplikasi GarageBand.
(7). Karya juga boleh menggunakan elemen AR, animasi Keynote dan sebagainya.
(8). Karya wajib mengunakan Bahasa Melayu untuk naratif.

Penyertaan adalah PERCUMA. Pendaftaran dan serahan karya adalah sebelum atau pada 15 Januari 2020 25 Januari 2020.

Klik sini untuk pendaftaran

Nota:

Untuk pendaftaran, memerlukan maklumat ketua kumpulan sahaja.

Untuk hasil karya, anda digalakkan untuk menyertakan bersama klip pembikinan ‘the making of…’ selama 1 minit. Contoh: 4 minit filem pendek dan 1 minit klip pembikinan ‘the making of…(dalam satu video). Had maksima durasi filem pendek dan klip pembikinan ‘the making of…’ adalah 5 minit.

Keputusan juri adalah muktamat dan sebarang rayuan untuk semakan semula tidak akan dilayan.

Kriteria pemarkahan:

-Kreativiti 40%
-Keberkesanan Kandungan 20%
-Teknikal & Kepelbagaian Elemen 20%
-Originaliti 10%
-Menepati Tema 10%

Pemenang akan dijemput untuk menerima hadiah pada majlis penutup kNOVASI 2020 di Hotel Tenera Bangi, Selangor pada 6 Februari 2020.

Hadiah-hadiah:

  • Pertama: RM1000 + Sijil
  • Kedua: RM750 + Sijil
  • Ketiga: RM500 + Sijil

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.