Photomath – Imbas soalan matematik dan lihat penerangan disebalik penyelesaian

Sewaktu pertama kali memperkenalkan app ini dalam satu bengkel kemahiran pedagogi digital guru, salah seorang guru Matematik menyatakan kerisauannya kerana ianya berpotensi untuk ‘disalahgunakan’ oleh pelajar. Tetapi, saya berpandangan sebaliknya.

Photomath memang betul dapat memberi solusi yang cepat kepada pengiraan-pengiraan tertentu dalam matematik. Namun, app ini sebenarnya memaparkan kaedah pengiraan serta konsep disebalik pengiraan menerusi penerangan dan juga graf.

Walaupun pelajar menggunakan app ini, mereka lebih memahami konsep-konsep matematik yang kebanyakkan akan diaplikasikan dalam bidang gunaan dan kejuruteraan. App ini juga boleh digunakan untuk menyemak serta mengesahkan pengiraan mereka.

Bagi yang baru mengenali PhotoMath, ia merupakan satu app yang menawarkan perkhidmatan penyelesaian masalah matematik. Anda hanya perlu menghalakan kamera kepada halaman kertas dan Photomath akan mengimbas teks dan nombor untuk melakukan pengiraan.

Ianya termasuk pengiraan arimatik mudah serta pengiraan-pegiraan sukar seperti pecahan & perpuluhan, al-gebra, persamaan linear, persamaan kuadratik, ungkapan arimatek, punca kuasa dan sebagainya.

Menurut Photomath, sehingga kini lebih 100 juta pengguna telah memuat turun aplikasi mereka di dari Play Store dan App Store serta lebih 1 bilion penyelesaian matematik telah dilakukan.

Muat turun Photomath

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.