60+ kekunci pintasan (shortcut) untuk meningkatkan produktiviti di Canva

Tentu anda pernah mendengar mengenai Canva kan? Setelah mencuba Canva kali pertama pada 2018 saya merasakan  proses suntingan sedikit leceh, namun hasilkan sangat hebat.

Terkini, setelah 3 tahun saya mencuba semula Canva dan dapati perubahan yang dilakukan amat ketara sekali. Suntingan amat mudah dan sangat ringan.

Canva ni dah jadi satu alternatif bagi sesiapa sahaja yang mahu mencipta grafik yang kelihatan profesional tanpa perlu bersusah payah. Cikgu-cikgu harus cuba, serius!

Kekunci pintasan ‘Shortcut’ untuk meningkatkan produktiviti dalam aplikasi Canva

Ramai pereka bentuk grafik atau designer telah terbiasa dengan penggunaan penggunaan kekunci pintasan (shortcut) pada papan papan kekunci untuk lebih produktif ketika proses penyuntingan.

Dengan menggunakan kombinasi kekunci yang ditekan secara bersama membolehkan kawalan tertentu diakses, yang pada asalkan memerlukan pengguna memilih menu atau butang tertentu.

Penggunaan kekunci pintasan dapat dilaksanakan dengan mudah pada Canva. Ia kebanyakkan selari dengan penggunaan kekunci pintasan pada perisian suntingan popular grafik lain di pasaran.

Mungkin pada permulaan, agak sukar untuk anda mengikuti semua pintasan ini. Namun, percayalah, jika anda membiasakan diri dengan pintasan ini, setelah beberapa kali percubaan anda akan terbiasa dengannya.

Berikut saya kongsikan cara untuk  menggunakan kekunci pintasan atau disebut  ‘shortcut’ untuk meningkatkan produktiviti anda dalam proses penyuntingan di Canva.

Nota: Command untuk macOS manakala butang Control mengantikan butang Command untuk pengguna Windows.

  • Tambah garis: L
  • Tambah segi empat tepat: R
  • Tambah bulatan: C
  • Tambah kotak teks: T
  • Teks tebal (bold): Command-B
  • Teks miring (italic): Command-I
  • Garis bawah teks (underline): Command-U
  • Gunakan huruf besar: Command-Shift-K
  • Teks penjajaran kiri: Shift-Command-L
  • Tentukan garis tengah: Shift-Command-C
  • Teks jangkar (anchor) ke bahagian atas kotak teks: Shift-Command-H
  • Teks jangkar (anchor) ke tengah kotak teks: Shift-Command-M
  • Teks jangkar (anchor) ke bahagian bawah kotak teks: Shift-Command-B
  • Kurangkan saiz fon dengan satu pt: Shift-Command-,
  • Tingkatkan saiz fon dengan satu pt: Shift-Command-.
  • Kurangkan jarak garisan: Option-Command-Down
  • Meningkatkan jarak garisan: Option-Command-Up
  • Kurangkan jarak huruf: Option-Command-,
  • Tingkatkan jarak huruf: Opsyen-Command-.
  • Rapikan (tidy up): Alt-Shift-T
  • Salin Style: Command-Option-C
  • Tampal Style: Command-Option-V
  • Nyahpilih elemen: Esc
  • Pilih semua elemen: Command-A
  • Simpan: Command + S
  • Padam Kandungan Pilihan: Backspace atau Delete
  • Gandakan (duplicate) elemen – pilihan 1: pilih elemen dan klik Command-D
  • Gandakan (duplicate) elemen – pilihan 2: pilih elemen, klik Command-C untuk menyalin, dan Command-V untuk ditampal
  • Pindahkan elemen secara bertahap: pilih elemen dan klik anak panah
  • Pindahkan elemen dengan kenaikan yang lebih besar: pilih elemen, tahan Shift, dan klik anak panah
  • Bawa elemen ke hadapan: pilih elemen dan klik Command +]
  • Hantar elemen ke belakang: pilih elemen dan klik Command + [
  • Hantar elemen ke bahagian paling belakang: pilih elemen dan klik Option-Command- [
  • Bawa elemen ke bahagian paling hadapan: pilih elemen dan klik Option-Command-]
  • Pilih elemen di belakang elemen: pilih elemen depan, tahan Command, dan terus klik sehingga anda mencapai elemen di belakang
  • Elemen kumpulan: pilih elemen dan klik Command-G
  • Ungroup elemen: Shift-Command-G
  • Pindahkan beberapa elemen (tidak dikelompokkan): pilih elemen, tahan Shift, pilih elemen lain, dan seret elemen tersebut
  • Kekangan perkadaran semasa mengubah ukuran: pilih elemen / elemen, tahan Shift, dan tarik sudut untuk mengubah saiznya
  • Lihat jarak elemen dari elemen lain dan dari tepi: pilih elemen, tahan Option, dan gerakkan kursor anda
  • Zum masuk: Command (+)
  • Zum keluar: Command (-)
  • Zum ke ukuran sebenar: Command-0
  • Zum agar sesuai: Alt-Command-0
  • Zum untuk diisi: Shift-Command-0
  • Kembali ke sebelumnya (undo): Command-Z
  • Buat semula tindakan (redo): Command-Shift-Z
  • Tambahkan komen: Option-Command-M
  • Komen seterusnya: N
  • Komen sebelumnya: Shift-N
  • Hadir dalam mod skrin penuh: Option-Command-P
  • Keluar dari mod skrin penuh: Esc
  • Bisukan atau nyahaktifkan video: M
  • Loop video : Alt-Shift-L
  • Mainkan atau hentikan video: Spacebar 
  • Tutup bar sisi: Command + /
  • Masukkan paparan tatal (scrolling): Option-Command-1
  • Masukkan paparan gambar kecil (thumbnail): Option-Command-2
  • Masukkan paparan grid: Option-Command-3
  • Togol pembantu: ?
  • Navigasi ke bar alat: Command-F1
  • Kunci / buka kunci: Alt-Shift-L
  • Tunjuk panduan: Command-;
  • Tunjukkan Pembaris: Shift-R
  • Tambahkan halaman kosong: Command-Enter
  • Padamkan halaman kosong: Command-Backspace

Banyak lagi pintasan kekunci yang boleh anda cuba. Nanti saya akan update lagi kat sini OK? Jumpa lagi.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.