Prezi – Bina slaid pesembahan yang bakal diingati

Microsoft Powerpoint merupakan aplikasi slaid persembahan yang paling popular digunakan di dunia. Menggunakan perisian aplikasi ini sejak dari tingkatan satu lagi, cara perisian ini beroperasi masih lagi sama dan tiada ciri-ciri baru yang drastik diperkenalkan.

Bosan dengannya, pernah juga saya menggunakan Flash untuk menghasilkan persembahan, namun ianya bukan mudah untuk menghasilkan persembahan yang memuaskan hati. Menggunakan perisian Flash dan seumpamanya telah banyak mencuri masa saya dan juga saya perlu mahir dengan tekni-teknik tertentu.

Apakata anda mencuba Prezi, satu aplikasi membina slaid dalam talian yang pastinya membuatkan persembahan anda dikagum. Prezi merupakan satu slaid dengan hamparan yang besar. Kandungan akan bergerak menerusi transisi slaid secara zoom in dan zoom out sudah pasti memberi kesan dramatik kepada persembahan.

Selain untuk pengajaran, Prezi juga boleh dipromosikan kepada pelajar sebagai satu alat untuk mereka mengekspresi kretiviti dalam persembahan. Ia juga dapat dimanfaatkan dalam pertandingan (yang memerlukan pelajar membuat persembahan slaid) yang mereka sertai.

Menggunakan Prezi sudah pasti memberi kelebihan kepada mereka. Ianya sudah pasti membuatkan juri bermurah hati memberikan anda markah tambahan bagi kolum kreativiti persembahan.

Anda juga boleh melihat banyak contoh slaid yang kreatif yang dihasilkan oleh 50 juta penggunaannya melalui fungsi EXPLORE didalam platform web.

Bagi versi percuma ia menawarkan hanya 100MB simpanan dengan beberapa ciri terhad. bagi versi Pro, anda akan boleh memuat turun versi desktop untuk dijalankan secara offline serta ditawarkan ciri sokongan premium. Dibawah merupakan beberapa pakej yang mungkin menarik minat anda.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.