Anda penerima iPad bagi Program Cerdik? Ini panduan pembelajaran untuk anda.

Saya dimaklumkan sebanyak 12,000 buah iPad sedang diagihkan oleh Yayasan Petronas kepada pelajar-pelajar yang keluarganya dalam golongan B40. Saya juga mendengar ura-ura yang mengatakan sebanyak 17,000 buah iPad lagi bakal diagihkan dalam fasa berikutnya.

iPad generasi ke-8 berkapasiti storan 128GB yang diberikan ini didatangkan bersama sebuah smart keyboard daripada Logitech serta pelan perkhidmatan selular dari Maxis. Sungguh beruntung pelajar-pelajar ini. Semoga mereka memanfaatkan sebaik mungkin.

Apple Education dan DELIMa KPM yang menjadi rakan kerjasama dalam proses menyediakan kandungan pembelajaran kepada pelajar-pelajar program ini dengan membangunkan platform pembelajaran yang dapat diakses menerusi portal DELIMa dan juga web.

Kandungan disediakan oleh para Apple Professional Learning Provider (APLP) dan Apple Professional Learning Specialist (APLS) dari Malaysia secara berfasa sebagai satu bentuk usaha membantu para pelajar mengoptimasi potensi iPad untuk pembelajaran.

Perbagai panduan asas disediakan dari proses nyah kotak, tutorial asas sehinggalah belajar pengekodan menerusi iPad. Laman web tersebut boleh diakses menerusi pautan berikut: https://learning.aplmalaysia.my/students

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.