Projek MERU 2020

Impian kami di cikgusiber.com adalah untuk membangunkan sebuah pusat latihan dan inovasi dalam bidang teknologi dalam pendidikan untuk para pendidik Malaysia. Ianya sedang dirancang dan projek bakal dilancarkan pada penghujung 2020.

Kami menjangkakan pusat komuniti ini akan berjaya dibina pada 2025 dengan sokongan pelbagai pihak dan sumbangan dana awam.

Pusat ini menyediakan sokongan persekitaran yang kondusif untuk para pendidik untuk menjalani pelbagai latihan. Ia sentiasa terbuka untuk para pendidik secara percuma.

Terletak di Meru, Perak berhampiran Movie Animation Park Studios (MAPS), kami menjangkakan untuk para pendidik akan dapat bersantai bersama keluarga disamping meluangkan masa menyertai latihan yang dianjurkan.

Oleh itu, kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan, tajaan serta kerjasama untuk merealisasikan projek ini. Bersama-sama kita mengangkat mutu pendidikan Malaysia menerusi aplikasi teknologi dalam pembelajaran abad ke-21.