Pembangunan kandungan pendidikan secara penulisan blog menerusi projek MyEduBlog

MyEduBlog merupakan satu komuniti blogger pendidikan terbesar Malaysia dengan misi untuk mengumpul, mempromosi dan menambahbaik perkongsian kandungan pendidikan menerusi penulisan pada platform blog.

Ini kerana kami percaya jika seseorang guru sanggup menulis minimum sebulan satu catatan ilmu menerusi blog beliau, jika ada 500 guru sepertinya, kita telah memperolehi 500 catatan ilmu yang sangat bernilai harganya. Setahun, 500 guru ini akan berjaya menghasilkan 6,000 catatan ilmu yang dapat memperkaya lagi kandungan pendidikan tempatan.

Selain itu, kami juga sedang menyokong lebih 400 pendidik yang ingin memiliki blog advokasi mereka sendiri di platform Telegram. Pelbagai aktiviti dijalankan, seperti perhimpunan tahunan blogger, bengkel serta sokongan personal secara 1:1.

MyEduBlog Hub

Idea hub ini pula adalah untuk memindahkan setiap catatan blogger pendidikan ke satu laman khas secara automatik. Jesteru itu, hub ini akan menjadi satu tapak pengumpulan bahan pendidikan sebagai satu rujukan utama dan penting dalam pendidikan.

Hub masih dalam fasa pembangunan, tapi sudah boleh mula diakses.

Untuk mendaftarkan blog anda didalam hub ada boleh menghubungi saya di talian 0134863010 (Cikgu Razif). Jangan risau mengenai hak cipta kandungan anda. Kami hanya memuatkan kandungan secara RSS semata-mata dari blog anda.

Jika pengguna ingin melihat kandungan tersebut ia terus pergi ke sumber asal iaitu blog anda. Web ini juga tidak muncul dalam carian Google. MyEduBlog Hub boleh diakses menerusi pautan dibawah:

https://myedublog.info 

MyEduBlog Meetup

Setiap tahun kami akan dianjurkan satu perhimpunan tahunan para blogger berpengalaman bersama para blogger baharu sebagai satu acara wajib dengan konsep yang berbeza setiap kali penganjuran. Acara yang dikenali sebagai EduBlogger Meetup ini telah memasuki tahun kedua pada tahun lepas.

Antara aktiviti pemerkasaan para blogger.

EduBlogger Meetup merupakan satu acara penting yang tidak harus anda lepaskan. Penulis prolifik seperti Zamri Muhamad pernah mengulas mengenai acara ini dengan menyarankan agar setiap pendidik, berada di ceruk mana sekalipun sekurang-kurang sekali menyertai program ini.

Acara akan berlangsung pada minggu pertama Disember setiap tahun. Sertai platform Telegram kami untuk sebarang pengumuman

Jalinan Kerjasama

Sebelum ini, banyak pihak telah sudi berkerjasama dengan gerakkan ini membantu para pendidik meningkatkan kecekapan. Antaranya MaGIC, Apple Education, Laman7.com, SifuAdwords.my, kursuspenulisan.com, Alam Sinergi Teknik dan ramai lagi.

Kami menghargai sumbangan anda. Seterusnya, dalam memperkasa lagi gerakan ini, kami mengalu-alukan sebarang jalinan kerjasama untuk memacu pendidikan Malaysia untuk lebih cemerlang.

 

Sertai platform Telegram kami untuk sebarang kemaskini dan perkembangan.

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.