Projek Video – Mulakan dengan menulis ‘papan cerita’ menerusi Storyboardthat

Pertandingan penerbitan video pendek dianjurkan untuk mencungkil daya kreativiti pelajar. Ia kerapkali dianjurkan dengan tawaran hadiah yang amat lumayan.

Para guru juga boleh memberikan aktiviti pembelajaran berasaskan projek menerusi penghasilkan video pendek.

Lazimnya idea cerita akan diterjemahkan dalam bentuk papan cerita atau dikenali sebagai ‘storyboard’.

Untuk penghasilan cerita yang baik, plot mesti diurus dengan berkesan dan jalan cerita mesti disusun atur dengan kemas.

Seiring dengan perkembangan teknologi, para penulis skrip atau screenwriter tidak perlu bersusah payah lagi mencoret pada helaian kertas putih untuk menghasilkan papan cerita.

Storyboardthat hadir sebagai satu medium komunikasi untuk mereka menyampaikan idea kreatif kepada ahli kumpulan lain dengan lebih jelas.

Storyboardthat juga menawarkan pelbagai elemen grafik untuk anda menghasilkan papan cerita bagi sesebuah projek video pendek yang menarik.

Satu alat yang mengalakkan kreativiti dan amat disaran untuk anda dan para pelajar anda gunakan. Selamat mencuba…

Terokai Storyboardthat

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.