Punyai Pencetak 3D, kini masanya untuk Thingiverse

Saya berhasrat untuk memiliki pencetak 3D pada 2016. Impian saya tercapai pada penghujung tahun iaitu pada 31 Disember. Setelah menggunakan hampir setahun, saya sedar untuk menjalankan sebuah pencetak 3D cabarannya bukannya kecil.

Terlibat dalam pelbagai projek inovasi, proses mereka bentuk model 3D yang baik dan berfungsi menjadi satu cabaran utama. Setakat ini saya masih lagi belum mempunyai pelajar yang benar-benar berminat dan berbakat dalam seni pemodelan 3D.

Menyedari hal ini, saya menggalakkan pelajar menerokai beberapa sumber pembelajaran terbaik permodelan 3D di Internet. Saya sarankan mereka ke Thingiverse untuk menerokai pelbagai hasil model 3D yang telah dihasilkan.

Di Thingiverse pelajar dapat melihat pelbagai rekabentuk yang dihasilkan komuniti. Mereka dapat memuat turun fail mentah untuk dicetak pada pencetak 3D. Pelbagai rekabentuk yang unit dan menarik sedia untuk dicetak.

Selain itu, pihak Thingiverse juga menyediakan fungsi untuk anda mengkostumasi sendiri beberapa rekabentuk pilihan. Satu fungsi yang mesti anda cuma jika anda mereka ingin serius dalam dunia pemodelan 3D.

Terokai Makerbot Thingiverse 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.