Pengalaman guna OSMO Mobile 3 untuk rakaman video program Merentas Desa Sekolah

DJI ni memang terkenal dengan barisan produknya yang berkualiti tinggi. Depa la kiranya macam peneraju bagi teknologi dron dan gimbal profesional untuk rakaman video. Oleh sebab tu, antara produk DJI dan Zhiyun, saya lebih tertarik dengan DJI.

Jadi, saya pun angkat la DJI Osmo Mobile 3 Combo dengan harga RM518 dari Shopee. Saya lebih sarankan set Combo sebab angpa akan dapat ‘grip tripod’ dan ‘caring case’. Tambah sikit sahaja, sangat berguna dua benda alah tu.

Sebab apa guna Osmo Mobile 3? Teknologi gimbal yang digunakan dapat menstabilkan rakaman video. Jadi kalau kita berlari atau bergerak secara ektrim video akan smooth ja.

Pakej Combo dengan beberapa aksesori tambahan

Osmo Mobile 3 di saya gandingkan dengan iPhone 7 Plus (keluaran 2016) dalam format rakaman 1080p 60fps. Doa-doakan cheq murah rezeki untuk sambaq iPhone 11 Pro nanti, hehe.

Antara kelebihan yang saya perasan:

  1. Saiz Osmo Mobile 3 yang kompak dan cara lipatan yang sangat mudah digunakan.
  2. App DJI Mimo yang ditawarkan ada fungsi ActiveTrack dan Hyperlapse yang memang gempak habis.
  3. Sport mood dia memang best, sesuai la untuk sesiapa yang selalu buat rakaman program sukan yang memerlukan pergerakan pantas.
  4. Bateri dia sangat mantul. Dah habis program jam 12.30 ada lagi separuh kot.
  5. Osmo Mobile 3 ni boleh pulak dijadikan ‘power bank’ jika bateri smartphone angpa nak habis.

Untuk rakaman, dari awal pagi sampai tengah hari bateri dia memang sangat OK. Namun, saya kurang menggemari fungsi buatang zoom yang ditawarkan. Harap DJI guna teknik wheel zoom bagi Osmo 4 nanti.

Masalah utama waktu rakaman pulak, dalam jam 11 macam tu phone bagi amaran sebab terlalu panas. Disarankan kalau rakaman tengah panas untuk angpa buka housing phone bagi membolehkan haba bebas dengan cepat.

Editing saya buat dalam iMovie. Ambil masa 30 minit saja sunting secara pantas. Habis ja program tup tap video dah boleh upload kat Youtube. Jadi mari lihat hasilnya yang tak seberapa ini.

Sebelum ni jemput SUBCRIBE saluran Youtube teman kat sini 👉 http://www.youtube.com/c/CikguSiberX

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.