Raspberry Pi 4 dilancarkan – Lebih kuasa dengan tiga pilihan kapasiti RAM

Sudah semestinya dengan setiap kali kemaskinian peranti, pembangun akan menawarkan pelbagai peningkatan prestasi terutamanya dari aspek kuasa pemprosesan, RAM dan sebagainya.

Raspberry Pi 4 diumumkan hari ini setelah lebih tiga tahun Pi 3 hadir dalam pasaran. Menariknya kali ini Pi 4 memberi pilihan kepada penguna untuk mendapatkan prestasi RAM yang mereka inginkan.

Tiga kapasiti RAM ditawarkan iaitu 1GB, 2GB dan 4GB. Sebelum ini, Pi 3 hanya menawarkan 1GB RAM sahaja. Dengan ini pengguna akan dapat memilih kapasiti yang bersesuaian dengan projek mereka.

Selain prestasi pemproses sehingga tiga kali ganda daripada model terdahulu, Pi 4 membawakan kemampuan menyokong dua paparan serentak (dual-display) pada resolusi sehingga 4K serta sokongan dua port USB 3.0.

Model asas (Model B 1GB RAM) dijual pada harga USD35 iaitu kira-kira RM144 pada kadar tukaran semasa. Anda perlu menambah USD10 bagi setiap peningkatan RAM. Harga ini tidak termasuk cukai dan kos penghantaran.

Bagi yang baru mengenali Raspberry Pi, ia merupakan satu projek tawaran papan induk komputer kecil mampu milik untuk pembelajaran Sains Komputer. Ianya lazim digunakan untuk pelajar menghasilkan prototaip bagi inovasi digital.

Mari kita lihat apa lagi pembaharuan yang dibawakan Raspberry Pi Foundation pada model Pi standard pada kali ini.

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.