Semak pekerjaan yang mungkin bakal digantikan dengan robot kelak

Tahun pertama bergelar pendidik saya telah ‘terjebak’ dalam bidang robotik apabila dipertanggungjawab sebagai guru pembimbing kelab robotik bersama Cikgu Halimhusairy.

Aktiviti robotik mengajar pelajar untuk menyelesaikan masalah dengan mencari penyelesaian untuk tugasan sesebuah pertandingan.

Pelajar di sana mempunyai keazaman, minat serta bakat. Pencapaian terbaik adalah apabila memenangi tempat kedua dalam saingan NRC peringkat negeri. Satu pencapaian membanggakan bagi sebuah ‘sekolah kampung’.

Dana yang kurang serta kit robotik yang mahal menyebabkan kelab robotik di sekolah pertama saya tidak mampu bertahan lama.

Di sekolah baru saya melihat kelab robotik yang dikendalikan cikgu Khaidzir amat ‘subur’. Ianya menerima suntikan dana yang agar besar daripada ibu bapa pelajar serta pihak sekolah.

Kerapkali mereka menyertai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pencapaian tak usahlah cakap, tak cukup rak nak letak trofi dibuatnya.

Saya dalam proses menyiapkan satu artikel bertajuk “Cikgu Khaidzir berkongsi rahsia bagaimana mengendali kelab robotik”.

Terkini, kita sentiasa mendengar yang mana automasi dan robotik akan mengantikan tugasan manusia dalam pelbagai industri. Namun, bidang apakah yang bakal digantikan oleh robot ini?

Laman web ciptaan Dimitar Raykov and Mubashar Iqbal ini akan menganalisis peratusan kebarangkalian kerja impian anda sama ada bakal ‘dirampas’ oleh kaum mereka.

Will Robots Take My Job

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.