Sah Projek 1BestariNet fasa seterusnya ditangguh, GC mengantikan Frog VLE dan bekalan Internet secara interim sehingga 31 Disember

Kenyataan media yang diterbitkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengenai Perkhidmatan Talian Internet di Sekolah secara rasminya mengesahkan penamatkan Fasa 2 projek 1BestariNet. Mulai 1 Julai sehingga 31 Disember 2019, Internet akan dibekalkan oleh tiga ISP yang telah dilantik.

Untuk pengetahuan anda, 1BestariNet merupakan satu projek penyediaan rangkaian Internet serta platform pembelajaran melibatkan lebih 10,000 buah sekolah dibawah KPM. Projek ini bermula pada 2011 dan dijangka lengkap dilaksanakan menjelang 2025. Tender Fasa 1 dan 2 dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn. Bhd.

Satu lagi perkara menarik adalah pengumuman penggunaan platform baharu Google Classroom (GC) mengantikan Frog VLE. GC merupakan satu Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) yang ditawarkan Google secara percuma kepada semua pemilik akaun Google.

Google menawarkan sokongan sehingga 10,000 pengguna bagi sebuah institusi pendidikan menerusi tawaran pakej G-Suite for Education. Namun, saya tidak pasti sama ada ianya akan diberikan secara percuma jika kementerian mahu menggunakannya dalam skala yang besar.

Menurut KPM, tindakan mereka kali ini diambil kerana begitu prihatin dengan guru dan pelajar untuk memberikan mereka perkhidmatan yang terbaik. Mari kita lihat kenyataan penuh yang disiarkan di laman web rasmi KPM.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.