Saluran-saluran Youtube pendidikan Malaysia yang mesti anda SUBSCRIBE semasa pandemik COVID-19

Musim PKP ini, ramai komuniti guru mengambil inisiatif untuk menganjurkan pelbagai aktiviti perkongsian ilmu secara terbuka menerusi pelbagai platform.

Saya sendiri bersama rakan-rakan di ATC iChampion MY menganjurkan sesi latihan hand-ons interaktif setiap hari sejak PKP 1 menerusi Zoom/Webex bertemakan kreativiti digital.

Saluran Youtube Pendidikan Malaysia

Youtube merupakan platform popular yang sangat penting untuk pembelajaran semasa musim pandemik. Saya dapati banyak saluran yang bertemakan pembangunan profesional guru serta pengajaran online menjadi trending.

Saya berkesempatan mengalami fenomena ini apabila terlibat secara langsung sebagai admin bagi saluran Team Cikgootube bersama seorang lagi rakan, Cikgu EL. Alhamdulillah tak sampai 2 bulan dah hampir 43 ribu subscribers.

Baik, berikut saya senaraikan 7 saluran Youtube popular pendidikan Malaysia yang mesti diikuti oleh para pendidik Malaysia dan mungkin juga para pelajar anda.

1. EduWebTV

EduwebTV merupakan saluran rasmi KPM bagi penyiaran kandungan menerusi webinar, siaran langsung serta penyiaran video pengajaran. Saluran ini diuruskan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan KPM (dahulunya dikenali sebagai BTP).

Jumlah subscribers semasa: 62.4 ribu

Pautan: EduWebTV

2. Team CikgooTUBE

Saluran Team CikgooTUBE baharu sahaja diwujudkan sebagai satu platform latihan secara atas talian. Ianya bertemakan pembangunan kandungan pendidikan untuk para pendidik yang berminat untuk membangunkan kandungan sendiri di Youtube.

Jumlah subscribers semasa: 42.7 ribu

Pautan: Team CikgooTUBE

3. eDIDIK Malaysia

eDIDIK Malaysia merupakan satu saluran yang begitu aktif menganjurkan sesi pengajaran berasaskan subjek secara ‘streaming video’ semasa PKP. Satu usaha yang sangat signifikan ketika mana kesemua sekolah masih lagi ditutup.

Jumlah subscribers semasa: 18.7 ribu

Pautan: eDIDIK Malaysia

4. Rumahkod

Jika anda mencari sumber pembelajaran untuk teknologi pengajaran daripada Google, Rumahkod merupakan saluran terbaik untuk anda ikuti. Rumahkod merupakan satu NGO pendidikan yang begitu aktif memberi latihan percuma kepada pendidik.

Jumlah subscribers semasa: 5.9 ribu

Pautan: Rumahkod

5. Digital Classroom

Digital Classroom memaparkan perkongsian mengenai penggunaan teknologi Microsoft dalam pendidikan. Dalam tempoh PKP ini, saluran ini banyak melakukan sesi webinar serta pengajaran langsung secara atas talian.

Jumlah subscribers semasa: 51.6 ribu

Pautan: Digital Classroom

6. Pusat STEM Negara

Saluran rasmi Pusat STEM Negara ini memaparkan kandungan perkongsian aktiviti STEM menarik yang anda boleh dilakukan di rumah. Aktiviti yang dipaparkan boleh diikuti secara hands-on oleh para penonton.

Jumlah subscribers semasa: 5.4 ribu

Pautan: Pusat STEM Negara

7. Pendidik Digital MY

Pendidik Digital MY merupakan satu wadah pembangunan profesional guru oleh komuniti guru yang memaparkan banyak kandungan perkongsian secara webinar bertemakan teknologi digital.

Jumlah subscribers semasa: 8.9 ribu

Pautan: Pendidik Digital MY

Dah SUBSCRIBE saluran mereka jangan lupa SUBSCRIBE juga saluran Cikgu Siber ya di SINI. Jika ada lagi saluran terbaik yang saya lepas pandang boleh maklumkan pada ruangan komen dibawah.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.