Samsung melancarkan Chromebook generasi terbaru dengan pen terbina – Plus V2

Jika ditanya peranti apakah yang popular digunakan dalam industri pendidikan, ramai akan memberi jawapan ialah adalah sebuah Chromebook.

Chromebook menjadi pilihan kerana harganya yang berpatutan serta pilihan yang pelbagai dari beberapa pengeluar utama.

Ianya menggunakan sepenuhnya keupayaan Chrome OS daripada pihak Google yang juga mampu menjalankan aplikasi daripada Android menerusinya.

Sudah tentu, aplikasi menarik daripada pihak Google seperti barisan app G Suite for Education dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan sokongan pelbagai lagi aplikasi yang dikhaskan hanya untuk Chrome OS.

Samsung baru-baru ini mengumumkan mereka hadir dengan satu produk terbaru dengan ciri-ciri yang saya lihat amat diperlukan oleh seseorang pelajar yang mahukan sebuah peranti untuk kreativiti.

Samsung Chromebook Plus V2 hadir dengan mood 2-dalam-1 yang boleh dilipat untuk berperanan sebagai sebuah tablet. Ianya hadir dengan paparan bersaiz 12.2 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080 menyokong sentuhan.

Peranti ini dijana oleh CPU Intel Celeron 3965Y dengan memori DDR4 sebesar 4GB dan storan 32GB. Turut hadir bersama adalah 2 port terkini USB 3.1 Type-C.

Disertakan bersama Samsung Chromebook Plus V2 adalah sebuah stylus untuk tujuan anotasi dan kreativiti. Fungsi ini memberi saingan kepada Lenovo 500e dan Acer Spin 13 yang turut hadir pada tahun ini namun kedua-dua peranti ini dijual pada harga yang lebih rendah.

Samsung Chromebook Plus V2 ini akan mula dijual di Amerika dengan harga bermula $499 iaitu kira-kira RM2000 dalam tukaran semasa.

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.