Samsung Galaxy Tab S6 – Adakah ini pencabar sebenar iPad Pro?

iPad Pro memegang tahkta sebagai komputer tablet paling berkuasa untuk produktiviti dan kreativiti. Lihat sahaja angka peratusan penguasaan pasaran mereka bagi kategori ini. iPad Pro mula diperkenalkan pada 2015 sebagai satu variasi iPad untuk golongan profesional.

Nampaknya, Samsung tidak mahu menyerah kalah begitu sahaja. Minggu ini diperkenalkan kemaskini tablet terbaharu daripada Samsung dalam keluarga Galaxy. Dikuasai oleh Android Pie, Tab S6 menyediakan pengalaman tablet menerusi OneUI 1.5. Mari kita lihat video promo daripada Samsung.

Galaxy Tab S6 hadir dengan penawaran yang agak mengancam. Peranti dengan skrin 10.5 inci Super AMOLED, dual-camera, pengimbas jari bawah skrin, serta aksesori S Pen yang direkabentuk semula dan juga papan kekunci istimewa dengan ciri trackpad ini khabarnya bakal ditawarkan pada harga tidak sampai RM3,000.

Sebagai perbandingan, iPad Pro 11 ditawarkan pada harga RM3,499 tanpa Apple Pencil dan pelindung dengan papan kekunci Apple. Sebagai pengeluar yang mengeluar sendiri kebanyakan komponen perkakasannya, ia memberi kelebihan kepada Samsung berbanding Apple yang mengharapkan teknologi pihak ketiga.

Nampaknnya, saluran teknologi Booredatwork.com tidak mengambil masa yang lama untuk menerbitkan pembandingan diantara Samsung Galaxy Tab S6 dengan Apple iPad Pro 11 walaupun pembandingan secara adil perlulah untuk menunggu kemaskini iPad Pro generasi baharu yang dijangka pelancarannya pada penghujung tahun ini. Mari kita lihat kupasan ringkas daripada saluran ini.

Jadi, pada pandangan anda adakah ‘karya’ terbaru Samsung ini bakal menggugat reputasi iPad Pro? Pada saya dari segi tawaran harga dan spesifikasi mungkin ya, namun iPad Pro dengan pengalaman teknologi Apple Pencil untuk kreativiti memang masih lagi tiada tandingan.

Sumber: Samsung Newsroom

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.