Panduan melakukan sandaran data dan bahan kandungan dari Google Drive di FrogDrive (Frog VLE) ke akaun lain

Melakukan sandaran fail (file backup) merupakan satu proses biasa yang perlu dilakukan secara berkala sebagai salah satu SOP untuk keselamatan ICT. Ianya menjadi tanggungjawab bagi sesebuah jabatan atau unit ICT.

Pernah bertugas sebagai Guru Penyelaras Bestari (GPB), saya berpendapat membuat sandaran data dan bahan kandungan bagi akaun simpanan awan bagi guru bukanlah perkara yang diklasifikasi sebagai kritikal, tetapi ianya agak penting.

Isu sandaran ini menjadi perbualan para guru susulan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia pada 3 Mei meminta semua guru melakukan sandaran data bagi akaun 1bestarinet yang dibekalkan Yes menerusi platform Frog VLE.

Sebelum itu, perlu diingat penyediaan platform VLE untuk pembelajaran dan penyediaan infrastuktur Internet berkelajuan tinggi merupakan dua perkara yang berbeza walaupun ia disediakan oleh pembekal yang sama.

Surat siaran ini menimbulkan spekulasi mengenai nasib penggunaan platform Frog VLE oleh KPM memandangkan ia diedarkan lebih sebulan sebelum pembaharuan kontrak 1bestarinet diumumkan pada Jun ini.

Ura-ura ini dikuatkan lagi dengan penetapan tarikh akhir untuk guru berbuat sedemikian menerusi surat siaran berkenaan. Namun begitu, bagi saya, ia hanyalah makluman bagi ‘proses rutin’ yang perlu dilakukan oleh guru dalam amalan ICT.

Ia juga hanya sebagai langkah persediaan untuk apa-apa kemungkinan kesan pengumuman KPM nanti mengenai polisi baharu penggunaan platform pembelajaran maya (VLE). Boleh jadi platform ini diteruskan atau sebaliknya.

Proses Melakukan Sandaran Fail (File Backup)

Saya berkenalan dengan Cikgu El di Ganu Edtech Day pada Mac lepas. Cikgu El atau nama sebenar El Gamillo adalah bekas guru yang kini bertugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di BTPN Terengganu.

Menerusi Facebook, Cikgu El menerbitkan panduan kepada para pendidik untuk melakuan sandaran fail dari akaun yang disediakan menerusi projek 1bestarinet kepada akaun lain.

Dalam panduan ini beliau menyediakan dua panduan menerusi komputer atau pelayar web dan juga app peranti pintar. Mari kita cuba.

Ikuti Cikgu El di Facebook

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.