Scratch 3.0 dilancarkan – optimasi UI lebih baik pada tablet

Scratch merupakan satu alat pembelajaran untuk asas pengaturcaraan pelajar Tahun 6 (program Teknologi Maklumat & Komunikasi) dan Tingkatan 1 (subjek Asas Sains Komputer) di sekolah.

Ia menawarkan kaedah pembelajaran konsep asas pengaturcaraan menerusi penggunaan blok-blok arahan. Kaedah ini sesuai untuk pelajar peringkat permulaan atau kanak-kanak berusia 8-14 tahun.

Scratch hari ini mengumumkan hadir dengan kemaskini major membawakan beberapa kemaskinian baharu. Antaranya tambahan ‘sprite’ baharu, sound editor baharu serta blok-blok baharu kod arahan.

Scratch 3.0 membawakan antaramuka pengguna (UI) yang dioptimasi untuk kegunakan tablet dengan skrin sentuh menerusi pelayar web seperti iPad. Ciri ini penting memandangkan Scratch tidak menawarkan versi app penuh di App Store dan juga PlayStore.

Scratch juga mengumumkan tiada lagi versi 2.0 untuk web namun pengguna masih boleh mendapatkan dalam versi Offline Editor. Projek-projek dari versi 2.0 masih boleh dikongsi di platform web.

Menggunakan struktur perisian baharu, fail projek Scratch 3.0 (.sb3) tidak boleh dimainkan pada Scratch versi sebelumnya (1.4 & 2.0), namun Scratch 3.0 boleh menjalankan fail projek dari versi sebelumnya.

Jadi, kepada guru-guru TMK dan ASK, anda haruslah bersedia dengan perubahan-perubahan baharu ini sebelum bermulanya sesi kelas yang melibatkan bab kod arahan nanti.

Terokai Scratch 3.0

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.