Muat turun e-book mengenai Digital Citizenship menerusi SEAMEO INNOTECH Reader

SEAMEO (Southeast Asian Ministers of Education Organization) merupakan satu sekretariat yang ditubuhkan untuk mempromosi bidang kerjasama rentas sempadan menerusi pendidikan, sains dan kebudayaan antara 11 negara Asia Tenggara.

SEAMEO ditubuhkan sejak 1965 dengan pelbagai program untuk memperkasa bidang pendidikan di negara-negara Asia Tenggara.

Pihak SEAMEO menerusi SEAMEO INNOTECH telah membina satu aplikasi buku digital  memberi fokus kepada tema Digital Citizenship serta panduan menggunakan aplikasi media sosial seperti Facebook & Twitter dalam PdPc.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma kepada penguna di platform Android dan iOS. Ianya dioptimasi untuk peranti skrin besar seperti iPad atau tablet sahaja.

Menerusi penerokaan sebentar tadi pada peranti iPad, saya mendapati 8 koleksi e-book ditawarkan. Setiap e-book perlu dimuat turun ke dalam tab My Collection. Dari segi kandungannya mungkin banyak yang boleh dimanfaatkan.

Muat turun di Android
Muat turun di iOS

Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk like laman Facebook kami.


Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.