SEAMEO menganjurkan latihan dalam talian percuma mengenai Augmented Reality

SEAMEO (Southeast Asian Ministers of Education Organization) merupakan satu sekretariat yang ditubuhkan untuk mempromosi bidang kerjasama rentas sempadan menerusi pendidikan, sains dan kebudayaan antara 11 negara Asia Tenggara. SEAMEO ditubuhkan sejak 1965 dengan pelbagai program untuk memperkasa bidang pendidikan di negara-negara Asia Tenggara.

Hari ini menerusi inisiatif SEAMEO 7 Priority Areas (2015-2035), mereka menawarkan satu program latihan dalam talian yang diberi nama The Real World of Immersive Augmented Reality. Tawaran dibuka kepada semua pelajar sekolah di Asia Tenggara bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

Langkah-langkah untuk menyertai:

  1. Sekolah boleh menubuhkan seberapa banyak pasukan yang terdiri dari 3 orang pelajar setiap pasukan. Seorang guru pembimbing hanya boleh menguruskan 5 pasukan sahaja.
  2. Jika sekolah anda belum mendaftar sebagai SEAMEO Schools’ Network sila daftar di DAFTAR SEBAGAI SEAMEO SCHOOLS’ NETWORK.
  3. Daftar kursus dalam talian di DAFTAR KURSUS AR. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 4 Oktober 2017.
  4. Ikuti kursus dengan menyediakan set pembelajaran digital (PC, internet dan sebagainya) kepada kumpulan. Waktu latihan akan bermula 9 Oktober 2017 hingga 30 November 2017, waktu dari 14.00 – 16.00 (GMT +7). Segala maklumat akan dimaklum dari masa ke semasa menerusi email yang didaftarkan.
  5. Seterusnya semua peserta perlu memuat naik hasil projek mereka untuk dinilai sebelum atau pada 4 Januari 2018. Projek terbaik akan diberikan ganjaran istimewa oleh SEAMEO.

Maklumat lanjut boleh muat turun HALAMAN ini.

Laman web SEAMEO

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.