Leaps of Knowledge 2016: Creating Connection

Pada 30 November 2016 berlangsungnya satu acara perkongsian pendidikan abad ke-21 oleh Frogasia dan YTL Foundation di Marriot Hotel, Kuala Lumpur.

Acara ini mengumpul para pendidik dari seluruh negara untuk memberi mereka inspirasi mengenai kaedah pendidikan terkini dalam kelas abad ke-21. Mereka juga membawa beberapa tokoh untuk berkongsi pengalaman mereka.

Saya berkesempatan menyertai program ini pada 2015, namun atas faktor komitmen kerja saya tidak dapat menghadiri acara pada edisi kali ini.

Saya melihat program ini mempunyai ‘prestij’ yang tersendiri dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pendidik di Malaysia. Video berikut memaparkan sorotan peristiwa tersebut. Tahniah Frogasia.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.