Sekitar MyEduBlog Meetup #1 pada 19-20 Mac 2018

MyEduBlog Meetup dirancang untuk menjadi satu perhimpunan terbesar para blogger pendidikan Malaysia.

Kami yakin dan percaya bahawa blog masih kekal relevan sebagai satu alat kurasi kandungan pendidikan terbaik dan juga sebagai wadah penyebaran ilmu terpenting dalam dunia pendidikan.

Kami di cikgusiber.com mengambil tanggungjawab ini apabila melihat kepada pentingnya untuk memperbanyak perkongsian sumber pendidikan menerusi blog advokasi sebagai rujukan para guru.

Seterusnya, kami menganalisis blog-blog pendidikan yang wujud di Internet dan memilih kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk sesi bengkel.

Dua sesi ‘keynote’

Hari pertama kami membawakan Edwin Masripan dari https://laman7.com. Beliau berkongsi mengenai tajuk yang kami lihat amat menarik untuk dipelajari, iaitu ‘User Interface dan User Experience (UI/UX)’. 

Selain menerangkan mengenai teknik menghasilkan UI/UX yang baik, beliau juga memberi kritikan-kritikan membina dengan menganalisis beberapa blog pendidikan terkenal di Malaysia yang dikendalikan oleh guru.

Seterusnya, Sifu Mus dari sifuadwords.my menerangkan perkara yang sangat penting bagi seseorang pengendali blog pendidikan. Beliau menyentuh mengenai teknik untuk anda mudah ditemui di engin carian Google.

Teknik-teknik secara percuma yang diberikan amat praktikal bagi memastikan kandungan yang dihasilkan oleh guru supaya dapat menemui lebih banyak khalayak.

Pada petangnya sesi diteruskan dengan sesi teknikal. Kandungan diringkaskan dengan beberapa tajuk yang dirancang tidak diteruskan kerana kebanyakan para peserta masih pada peringkat permulaan.

Hari ke-2

Hari kedua pula diteruskan dengan sesi Blog Jam dengan kebanyakkan peserta membina laman web mereka sendiri. Banyak blog-blog baharu dibina.

Seterusnya, sesi yang ditungu-tunggu, pada petangnya sifu Zamri Mohamad memberi sedikit motivasi serta kemahiran untuk menulis. Siapa yang tak kenal beliau dalam arena penulisan.

Apa yang ditekankan oleh Zamri Mohamad adalah pentingnya untuk teknik percambahan idea serta teknik untuk kekal konsisten untuk terus menulis.

Permulaan Penting

Kesimpulannya, kami melihat program merupakan satu sesi pemindahan ilmu yang cukup berharga kepada komuniti blogger dari kalangan guru.

Program ini walaupun tidak mencapai jumlah sasaran penyertaan, namun ianya menjadi satu permulaan yang penting untuk perjumpaan seterusnya.

Program ini akan diteruskan secara tahunan dengan memberi fokus kepada bimbingan kepada para blogger baharu dalam pendidikan.

Automasi Kurasi-sebar Kandungan Pendidikan

Seiring dengan penganjuran program ini, satu inovasi baru telah dirancang menerusi pembinaan sebuah hub untuk pendidikan. Diharapkan, hub MyEduBlog (https://myedublog.info) dapat dibangunkan dalam tempoh yang dirancang.

Idea hub ini adalah untuk memindahkan setiap catatan blogger pendidikan yang berdaftar ke satu laman web MyEduBlog secara automatik. Dengan ini, hub ini akan sangat aktif dengan perkongsian daripada guru-guru seluruh Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu IK (https://cikguik.com), Cikgu Azhar, Cikgu Hazrat dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran kali ini.

Bertemu lagi di Meetup #2 dengan kandungan yang lebih berkualiti.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.