Sekitar seminar STEM – Nurturing 21st Century Classroom

Hari ini saya menyertai satu seminar mengenai STEM dan aplikasinya dalam kelas abad ke-21. Program anjuran syarikat solusi pendidikan, Eduspec ini disertai oleh beberapa sekolah swasta dan SBP atas jemputan. Saya bersama Cikgu Nik, seorang cikgu Sains (Fizik) juga dari sekolah teman.

Akibat tiada pengangkutan sekolah pada hari tersebut, kami memilih untuk bergerak dengan bas sehari sebelumnya dan menginap di salah sebuah hotel bajet sebelum ke Tropicana Golf & Resort Petaling Jaya.

Setelah perasmian oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, sesi pertama dimulakan dengan syarahan oleh Mr. Timothy Friez, COO bagi Robomatter Inc. Amerika Syarikat. Beliau membicarakan mengenai Computational Thinking (CT) dalam kelas abad ke-21.

Beliau menekankan CT perlu digunakan dalam semua disiplin ilmu kerana ianya merupakan satu paradigma baharu dalam pendidikan.

Seterusnya, pentas diambilalih oleh Mr. Jerome Lo dengan pasukannya dari Eduspec untuk LIVE DEMO mengenai kelas abad ke-21. Beberapa inovasi teknologi daripada Eduspec dipaparkan untuk memudahkan urusan pendidik yang sudah pasti anda perlu membayar kos tertentu untuk mendapatkannya.

Seterusnya, setelah tea break, giliran Ms. Ng Puay San pula mengambil pentas untuk tajuk Overview of STEM with Computer Science. Ms Puay membincangkan mengenai STEM dan bagaimana intergrasi kelas dengan dunia sebenar untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran teknikal dan pembangunan profesional yang mereka perlukan menerusi sains komputer.

Beliau seterusnya mendedahkan kandungan kurikulum STEM for Computer Science yang dirangka pihaknya untuk pembelajaran.

Seterusnya, Pengetua SJKC Choong Wen, Mr Wong Shee Fatt berkongsi amalan terbaik projek STEM di sekolahnya yang membuahkan hasil yang amat mengagumkan. Kejayaan ini bukan satu usaha yang mudah kerana ianyanya memerlukan strategi yang betul seta sokongan dari pelbagai pihak.

Mr. William Law pula selepas itu membincangkan mengenai STEM with Robotics yang memberi fokus kepada pembangunan robot fizikal untuk pertandingan.

Beliau mempelkenalkan format pertandingan untuk tahun hadapan dan pasukan beliau melakukan demo bagaimana segala mekanisma berfungsi. Sesi diteruskan dengan perkongsian ringkas dari Mr. Gino Luayon bertajuk Journey towards STEM Education: A St. Scholatica College Experience.

Sesi terakhir dan ditunggu-tunggu. Tahniah diucapkan kepada HELP International School kerana sangat bertuah terpilih dalam cabutan bertuah. Mereka memperolehi hadiah utama bernilai RM24,000 daripada Eduspec.

Seterusnya Mr. Lim Eh, CEO Eduspec dalam ucapan penutupnya mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dan berharap segala perkongsian akan memberi manfaat kepada semua peserta.

Program tamat pada jam 2.30. Seterusnya saya perlu ke SKMM, Cyberjaya untuk mengiringi pelajar ke MAMPU Hackathon.

 

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.