Setelah semakan di halaman ini, data saya di Canva dan Edmodo pun pernah digodam

Dalam tempoh PKP COVID-19 ini, kebanyakkan kita banyak bergantung kepada aplikasi digital untuk pembelajaran. PKP ini juga menyaksikan kes ancaman siber juga meningkat.

Sepertimana ulasan dalam catatan saya berkenaan isu Zoom yang lalu, setiap aplikasi hanya terdiri dari ribuan kod yang sentiasa terdedah dengan pelbagai bentuk ancaman pergodaman.

Aktiviti pengodaman terhadap sistem web tertentu sentiasa berlaku. Data-data yang diperolehi dijual dalam pasaran gelap atau disebut ‘data breaches‘. Setakat ini lebih 9 billion akaun telah dibocorkan.

Risiko berkurangan jika ia hanya melibatkan ID pengguna seperti alamat email dan nama pengguna. Namun, jika alamat emel dan kata laluan terdedah, perkara ini amat serius.

Untuk menyemak sama ada data anda pernah dibocorkan ataupun tidak anda boleh menyemak dengan aplikasi ini dengan memasukan emel. Perkhidmatan ini mengumpul maklumat akaun yang telah dijual dari pasaran gelap.

Antara data saya yang telah bocor menerusi beberapa platform.

Saya pernah menyemak rekod saya disini pada 2018. Data peribadi saya didapati telah bocor daripada kes penggodaman sistem Adobe, LinkedIn. Edmodo, Bitly dan beberapa lagi.

Seterusnya, saya segera menukar kata laluan. Minggu ini, saya sempat menyemak semua, kali ini saya menyedari aplikasi popular Canva juga telah digodam pada Mei 2019.

Seterusnya, saya segera menukar kata laluan saya untuk semua perkhidmatan seperti Facebook, Google dan laman web ini yang menggunakan kata laluan yang hampir sama.

Kepada anda, jika data anda didapati bocor atau dalam istilah teknologi digelar ‘pwned’ ini segeralah bertindak. Semak sekarang menerusi haveibeenpwned.com.

Jika anda mempunyai Telegram, ayuh ikuti saluran kami untuk kemaskini mengenai teknologi dalam pendidikan setiap hari.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.