Semakan Prestasi Akademik Pelajar dengan SAPS

Untuk ibu bapa anda boleh menggunakan nombor kad pengenalan anak anda untuk menyemak slip keputusan peperiksaan dalaman seperti Ujian Selaras, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Sistem ini dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS.

Dibawah ditunjukkan bagaimana cara untuk menyemak keputusan peperiksaan anak anda.

1. Layari https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2

2. Masukan nombor kad pengenalan anak anda. Pilih sama ada untuk pelajar SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH. Kemudian pilih TAHUN peperiksaan.


3. Pilih jenis peperiksaan untuk dipaparkan. Kemudian pilih jenis paparan data pada ANALISIS MARKAH.

4. Pilihan ANALISIS MARKAH > Papar Slip Keputusan akan memaparkan slip rasmi dalam bentuk PDF dan sedia untuk dicetak.  Manakala > Papar Markah Peperiksaan akan memaparkan jadual keseluruhan peperiksaan.

Nota: 

1.Lazimnya keputusan akan lengkap diisi guru 2-3 minggu setelah tamat peperiksaan. 

2. Sila berhubung terus dengan pihak sekolah jika terdapat sebarang masalah berkaitan paparan data yang diragui/ tidak manasabah. Setiausaha peperiksaan akan bertanggungjawab menyiasat dan menyelesaikan masalah anda. 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.