Terima kasih atas sokongan anda – kenali cikgusiber.com

cikgusiber.com merupakan satu projek perkongsian sumber pendidikan serta amalan terbaik para pendidik Malaysia dalam usaha mengaplikasi penggunaan teknologi dalam pembelajaran abad ke-21.

Misi kami adalah untuk mendekatkan jurang literasi teknologi antara guru dan pelajar supaya para pendidik kekal relaven dengan perkembangan teknologi terkini dunia pendidikan.

Menerusi platfom ini juga, kami akan berkongsi pelbagai infomasi mengenai inovasi terkini dunia teknologi pendidikan disamping menjalankan beberapa aktiviti seperti seminar, bengkel dan pertandingan.

Menerima pengiktirafan di NUCEL pada 2015

Ayuh! Sertai kami

cikgusiber.com merupakan sebuah projek komuniti milik semua. Kami bermula sejak 2015 sebagai satu gerakan sukarela untuk membangunkan para pendidik di Malaysia.

Dengan falsafah dari komuniti untuk komuniti, platform ini menyediakan ruang untuk sesiapa sahaja berkongsi ilmu, kemahiran, pengalaman serta amalan terbaik penggunaan teknologi dalam pembelajaran abad ke-21.

Dengan strategi pemasaran ampuh untuk 2018, sasaran kami adalah untuk dikunjungi oleh lebih 50,000 pelawat unik sebulan dengan siaran infomasi hampir setiap hari di saluran Telegram.

Dijemput para pendidik untuk bersama kami sebagai penulis kandungan untuk sama-sama menyebarluas ilmu dan kemahiran agar memberi impak kepada kualiti pengajaran guru serta lebih produktif.

Tawaran ini terbuka kepada para penulis profesional, penulis amatur, pensyarah, guru, instruktor bebas, guru pelatih, mahasiswa mahasiswi pendidikan atau sesiapa sahaja yang berbakat dalam penulisan bertemakan teknologi pendidikan.

Selain itu, para blogger juga dijemput menggunakan platform ini untuk menyiarkan artikel anda yang juga dikongsi di blog peribadi anda.

Berminat? emelkan permohonan anda serta artikel/catatan/penulisan ke razif[at]cikgusiber.com

4 inisiatif kami untuk para pendidik

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.