Sertai Bengkel BYOD dalam Kelas Abad ke-21 (Edisi iPad) pada 04 dan 12 November 2017

Seiring dengan perkembangan pantas teknologi, BYOD atau Bring Your Own Device merupakan satu kaedah yang amat bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21.

Ianya membolehkan proses pembelajaran menerusi literasi maklumat dan aplikasi teknologi di sesebuah institusi pendidikan berlaku dengan lebih cepat serta menjimatkan kos.

Bengkel ini akan dijalankan secara bersiri dengan memperkenalkan beberapa peranti BYOD terbaik untuk digunakan oleh guru dan juga pelajar. Bengkel ini sesuai disertai oleh para pendidik,  pentadbir, pembuat dasar pendidikan, penyelaras IT/guru penyelaras bestari serta sesiapa yang berminat.


Pendaftaran Bengkel

1. Pastikan anda mempunyai iPad sendiri yang menyokong iOS 11. Pihak kami tidak menyediakan peranti untuk anda.

Berikut merupakan senarai iPad yang menyokong iOS 11.

12.9-inch iPad Pro 2nd generation, 12.9-inch iPad Pro 1st generation, 10.5-inch iPad Pro, 9.7-inch iPad Pro, iPad Air 2, iPad Air, iPad 5th generation, iPad mini 4, iPad mini 3 dan iPad mini 2.

2. Klik pautan berikut untuk pendaftaran. Daftar segera! Pilih tarikh anda. Kami hanya mempunyai tempat yang terhad.

–>>BYOD dalam Kelas Abad ke-21 (Edisi iPad) 04 November 2017, Ipoh 

Daftar sebelum 1 November 2017

–>>BYOD dalam Kelas Abad ke-21 (Edisi iPad) 12 November 2017, Cyberjaya

Daftar sebelum 8 November 2017

4. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM50 bagi kami menampung kos makan (sarapan & makan tengahari), elaun fasilitator, elaun juruteknik, kos sewa premis*, sijil dan sebagainya. Bayar yuran penyertaan ke Maybank 157139847609 atas nama MOHD RAZIF BIN ABDUL RAZAK.

5. Seterusnya hantar bukti bayaran ke 019-5580321 (Telegram/Whatsapp) untuk rekod kami.


Salah satu matlamat kami menerusi projek cikgusiber.com adalah untuk menyediakan pelbagai latihan bertemakan teknologi pendidikan. Kami akan sentiasa berusaha bagi memastikan kos bengkel adalah berpatutan dan mungkin percuma pada masa hadapan.

Bengkel seterusnya BYOD dalam Kelas Abad ke-21 (Edisi Chromebook) akan menyusul. Sentiasa bersama kami untuk pelbagai bengkel menarik untuk anda. Terima kasih atas sokongan semua.

Sebarang pertanyaan emel kepada razif@cikgusiber.com

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.