Sertai DevCon: Cikgu Edition, memacu industri 4.0 menerusi pendidikan

Kami percaya, cara terbaik menyediakan pelajar dengan keperluan revolusi industri ke-4 (Industry 4.0) adalah dengan membawa ‘industri’ itu sendiri ke dalam sistem pendidikan.

Ia memastikan mereka kekal relevan pantas para pendidik dapat mengetahui perubahan-perubahan penting yang sedang berlaku.🤖

Salah satu projek yang saya kendalikan bersama rakan ialah DevCon: Cikgu Edition.

DevCon merupakan salah satu komuniti pengiat industri digital Malaysia yang aktif menjalankan pelbagai aktiviti berbentuk latihan teknologi secara percuma dan mini hackathon.

Salah satu objektif DevCon adalah untuk memupuk semangat persaudaraan sesama pembangun produk dan perkhidmatan digital dengan aktiviti kesukarelawanan. 😃

DevCon: Cikgu Edition pula dibentuk sebagai jambatan untuk menghubungkan para sukarelawan ini dengan para pendidik untuk menyokong agenda nasional.

Dijemput untuk para pendidik bersama menyertai komuniti ini untuk pelbagai aktiviti percuma serta sokongan terbaik daripada industri.

Sertai DevCon: Cikgu Edition
Laman Fb DevCon

Aktviti-aktiviti lepas:

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.