Sertai #mydigitalmaker FAIR’17 di KLCC pada 16-17 September 2017

#mydigitalmaker merupakan satu inisiatif yang saya lihat begitu agresif oleh kerajaan menerusi MDEC. Saya sendiri terlibat dalam beberapa program yang dijalankan sepanjang 2016 dan 2017. Dua pelajar saya telah terpilih ke Silicon Valey, USA untuk lawatan sambil belajar ke beberapa syarikat gergasi digital dunia seperti Facebook, Tesla dan sebagainya.

Pelajar hackathon saya pula telah meraih kejayaan memenangi hadiah-hadiah utama. Selain itu pelajar-pelajar saya juga terlibat dengan pelbagai siri latihan digital yang dianjurkan. Mereka juga terlibat sama dalam gimik pelancaran serta ada yang menjadi model untuk poster #mydigtalmaker yang dihasilkan.

Meneruskan usaha mempromosi inovasi dan kreativiti digital, MDEC menjemput para komuniti pendidikan menyertai #mydigitalmaker FAIR’17 di Kuala Lumpur Convention Center, KLCC pada 16-17 September 2017. Pendaftaran adalah percuma. Pihak penganjur menawarkan 500 hadiah misteri kepada peserta yang terawal mendaftar.

DAFTAR SEKARANG!

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.