Sertai National ICT Security Discourse CyberSAFE Challenge Trophy (NICTSED 2017)

Program CyberSAFE in Schools telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada September 2010. Program ini adalah kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Sains, teknologi & Inovasi melalui agensinya CyberSecurity Malaysia (CSM).

Seterusnya sebagai salah satu usaha memupuk kesedaran dan membudayakan keselamatan siber dalam kalangan pelajar, bermula  2013, CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama BahagianTeknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia menganjurkan National ICT Security Discourse CyberSAFE Challenge Trophy (NICTSED).

Pada edisi ke-4 pada tahun lepas, Tungku Kurshiah College, Negeri Sembilan berentap dengan SMK Sultan Ismail, Johor dalam pentas akhir di Royal Chulan Hotel, Kuala Lumpur. Tungku Kurshiah College telah berjaya menjuarai cabaran lantas mebawa pulang trofi utama.

Untuk makluman, setiap sekolah hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja dengan setiap kumpulan mesti terdiri daripada 4 pelajar. Pertandingan ini akan dijalankan melalui dua peringkat, iaitu saringan peringkat negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan.

Kepada sekolah yang berminat anda dikehendaki menghantar Executive Summary (tidak lebih 500 patah perkataan), video persembahan (2 minit) dan slaid powerpoint (5 halaman slaid). Tema pada kali ini adalah:

Be the Change : How can we unite for a better internet experience?

Daftar di http://www.cybersafe.my/en/nictsed/ sekarang!

Nota: Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Mei 2017. Tarikh tutup permohonan dilanjutkan kepada 16 Jun 2017

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.