Perjumpaan Tahunan Komuniti Blogger Terbesar Malaysia Kembali Lagi! – Sertai EduBlogger Meetup #2

Pada 4 hingga 5 Disember 2019, kami sekali lagi bakal menganjurkan EduBloggerMeetup #2 di Kuala Lumpur. Temui otai-otai blogger pendidikan Malaysia — Cikgu Hailmi, Cikgu Raihan, Cikgu Share, Cikgu Herry, Cikgu Ayu dan ramai lagi. Perjumpaan santai berilmiah kali ini terbuka kepada 30 tempat sahaja.

Kami amat mengalu-alukan para guru yang baru ingin bermula dalam bidang advokasi menerusi platform blog ini. Jika berminat, pendaftaran boleh dilakukan pada pautan berikut: http://bit.ly/edublog2

Maklumat lanjut program seperti tempat sebenar perjumpaan serta proses bayaran yuran akan disalurkan ke peti emel anda setelah selesai pendaftaran pada pautan tersebut. Terima kasih atas sokongan anda.

Status pendaftaran terkini: Pendaftaran Ditutup!. Namun anda boleh terus mendaftar. Jika terdapat peserta lain menarik diri, kami akan menghubungi anda sebelum 30 November.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.