Pupuk sikap ‘baik hati’ di sekolah dengan #standtogether

Bersempena National Kindness Week pada 2-6 April, 100% Project akan menganjurkan Pertandingan #standtogether.

Semua pelajar dari seluruh Malaysia dipelawa menghantar cadangan idea-idea mereka berkenaan aktiviti atau acara lain yang boleh dilaksanakan di sekolah mereka sepanjang minggu tersebut.

Hadiah-hadiah yang menanti:

  • Sepuluh (10) cadangan terbaik akan dihadiahkan RM1,000 bagi membantu dalam pelaksanaan cadangan tersebut.

  • Tiga (3) cadangan terbaik juga akan menerima lawatan daripada selebriti terkenal.

  • Cadangan (1) yang memberi impak paling besar turut akan dinobatkan “Malaysia’s Kindest School” dan akan dipaparkan dalam surat khabar The Star dan The Star Online.

Pihak Digi turut akan menyumbang hadiah bagi projek-projek yang dipaparkan melalui media sosial menggunakan hashtag #5DaysBaikHatichallenge. Jadi post-lah gambar/video berserta dengan cerita projek anda.

Penyertaan untuk bertanding akan dibuka sehingga 15 Mac 2018. Untuk maklumat lanjut atau untuk menyertai pertandingan ini, sila lawati www.standtogether.my/competition.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.