Kahoot! mengumumkan program Kahoot! Certified

Kahoot! merupakan aplikasi kuiz masa nyata popular di seluruh dunia. Ianya digunakan secara meluas di bilik darjah sebagai alat pembelajaran interaktif yang dapat menarik minat pelajar.

Kahoot semalam mengumumkan satu program pembangunan prefesional bagi guru yang menggunakan Kahoot! untuk mendapatkan pengiktirafan.

Program yang dikenali sebagai Kahoot Certified ini memerlukan guru mengikuti modul latihan yang disediakan. Setelah tamat guru akan diberi lencana digital dan juga sijil.

Kahoot! Certified

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.